awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Ketua IRGC Ali Shadmani dilapor meninggal dunia, Iran ikrar bertindak balas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Presiden Republik Kyrgyz lawat Parlimen Malaysia

Bernama
Bernama
25/06/2025
10:30 MYT
Sponsor Banner
Presiden Republik Kyrgyz lawat Parlimen Malaysia
Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov hari ini melawat Parlimen Malaysia sebagai sebahagian daripada program lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov hari ini melawat Parlimen Malaysia di sini sebagai sebahagian daripada program lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia.
Zhaparov yang tiba di bangunan Parlimen pada 1.15 tengah hari diiringi Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi, meluangkan masa hampir satu jam mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Presiden Zhaparov dan delegasi beliau kemudiannya dibawa melawat sekitar bangunan Parlimen.
Johari dalam kenyataan dikeluarkan Parlimen Malaysia berkata pelbagai perkara berkepentingan bersama dibincangkan pada pertemuan berkenaan termasuk pendidikan, kebudayaan, pertukaran rakyat serta amalan tadbir urus yang baik.
KYRGYZ-PARLIMEN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata diplomasi Parlimen penting dalam memperluas jalinan strategik Malaysia dengan negara Asia Tengah selain mencadangkan agar pertukaran mahasiswa Kyrgyz-Malaysia dilaksanakan bagi membangunkan kepimpinan muda Islam serta memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
Johari turut menyatakan kesediaan Parlimen Malaysia untuk memperkukuh inisiatif bersama merangkumi pengukuhan tadbir urus dan institusi Parlimen, pertukaran penyelidik dan akademik, dialog antara agama dan dasar serta latihan petugas serta pendigitalan sistem Parlimen.
Pada pertemuan itu, Zhaparov turut memaklumkan mengenai pembaharuan institusi Parlimen di Republik Kyrgyz serta menyambut baik penubuhan Kumpulan Persahabatan Parlimen Malaysia-Asia Tengah sebagai platform keterlibatan yang berterusan dan bermakna.
Terdahulu, Zhaparov yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi dua hari diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra hari ini diikuti mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 2024, Republik Kyrgyz merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai RM40 juta (USD8.74 juta).
Antara eksport utama Malaysia ke republik berkenaan termasuk produk elektrik dan elektronik, minyak sawit, produk pertanian berasaskan minyak sawit dan jentera, manakala import utama Republik Kyrgyz terdiri daripada bahan kimia dan produk kimia, produk elektrik dan elektronik serta makanan diproses.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Republik Kyrgyz
#Sadyr Zhaparov
#lawat Parlimen
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami