Prince Court, Gleneagles menang anugerah antarabangsa

Astro Awani
April 24, 2014 06:06 MYT
Malaysia diiktiraf sebagai destinasi pelancongan kesihatan utama dunia apabila Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dan Prince Court Medical Center mendapat pengiktirafan oleh majalah The International Medical Travel Journal.
Gleneagles memenangi anugerah International Hospital of The Year.
Sementara Prince Court Medical Center pula menang klinik kesuburan terbaik dan pusat pakar pergigian terbaik.
Anugerah disampaikan pada 5 Mac lalu, sempena pameran dan persidangan pelancongan kesihatan antarabangsa di Dubai.
#Hospital Gleneagles #Hospital of the Year #kesihatan #pelancongan #Prince Court Medical Center