NATIONAL
PRK Ayer Kuning: Kadar keluar mengundi rendah dijangka beri kelebihan kepada BN – Penganalisis

Mazlan (foto) berkata jika 80 peratus daripada pengundi putih keluar mengundi, ia sudah cukup memberi kelebihan besar untuk BN mempertahankan kerusinya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dijangka lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) yang memiliki asas sokongan kukuh dalam kalangan pengundi tempatan.
Ringkasan AI
- Kadar keluar mengundi yang rendah dijangka memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana sokongan kukuh pengundi tetap.
- Perikatan Nasional (PN) bergantung kepada sokongan pengundi muda yang sukar pulang mengundi, memberi ruang kepada BN.
- Gabungan undi UMNO dan Pakatan Harapan (PH) di kawasan tertentu menunjukkan peralihan sokongan pengundi Melayu ke arah kestabilan politik.
"Jika 80 peratus daripada pengundi putih ini keluar mengundi, ia sudah cukup memberi kelebihan besar untuk BN mempertahankan kerusi ini,” katanya.
“Perikatan Nasional (PN) pula lebih banyak bergantung kepada sokongan pengundi muda, namun kebanyakan daripada mereka berada di luar kawasan kerana bekerja, belajar atau merantau.
“Golongan ini sukar untuk pulang kecuali digerakkan secara besar-besaran. Dalam situasi turnout rendah, ia membuka ruang buat BN, yang turut mendapat sokongan daripada Pakatan Harapan (PH) melalui pemindahan undi,” katanya.
Tambahannya, beliau turut mengulas trend semasa, khususnya di kawasan seperti DUN Mahkota yang memperlihatkan gabungan undi UMNO dan PH menghasilkan majoriti besar, dan ini menandakan peralihan sokongan pengundi Melayu yang sebelum ini cenderung kepada PN akibat isu kerjasama dengan DAP.
“Jika di Selangor, lebih 40 peratus undi UMNO berpindah kepada PN dalam PRU lalu, sebab itu PN menang besar.
"Tapi di Mahkota dan Nenggiri, trend itu tidak kelihatan. Ini mungkin petanda pengundi Melayu kini lebih mementingkan kestabilan politik berbanding sentimen terhadap DAP.
“Kempen BN dan PH juga dilihat lebih strategik, termasuk memberi tumpuan kepada kawasan bukan Melayu yang besar seperti pengundi Cina (21%), India (14%), dan Orang Asli,” ujarnya lagi.
Dr Mazlan juga menyatakan keyakinan bahawa BN berada dalam kedudukan yang kukuh untuk mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning dan PN masih mampu memberi sedikit cabaran dengan peningkatan undi sekitar 10 hingga 15 peratus, terutama daripada pengundi BN yang mungkin beralih arah.
“Sejak kawasan ini ditubuhkan, UMNO tidak pernah kalah. Meskipun UMNO hanya menang 30 kerusi Parlimen dalam PRU15, mereka tetap berjaya mengekalkan Ayer Kuning.
“Namun jika BN menang dengan majoriti besar, ia bakal melemahkan naratif anti-DAP yang dibawa oleh PN menjelang PRU16 nanti,” katanya lagi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami