PRK Bukit Gelugor: PKR nafi letak calon, sokong DAP raih undi besar

Astro Awani
Mei 4, 2014 05:46 MYT
Bekas ahlis parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.
Menjelang pilihanraya kecil Bukit Gelugor, timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menafikan dakwaan parti itu akan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gelugor yang akan berlangsung pada 25 Mei ini.
Beliau bertegas, dakwaan itu tidak benar sama sekali sebaliknya PKR akan berkerjasama dengan rakan pakatan yang lain demi kemenangan besar DAP di Bukit Gelugor.
“Tidak sama sekali. Itu adalah kerusi DAP dan kita akan mepertahankan semangat dalam pakatan rakyat. Kita akan bekerja kuat untuk membantu DAP di Bukit Gelugor dan desas desus itu adalah tidak berasas sekali,” ujar Azmin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desas parti itu akan meletakkan calon PKR sekiranya DAP mahu meletak anak mendiang Karpal Singh iaitu Ram Karpal bertanding di kerusi berkenaan.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan ahli PKR Pulau Pinang di Seberang Jaya, semalam.
Pilihanraya kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei ini selepas kerusi itu kosong berikutan kematian bekas ahli parlimennya, mendiang Karpal Singh yang maut dalam satu kemalangan jalanraya di Gua Tempurung pada 17 april lalu.
Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan 12 Mei sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh pengundian diadakan pada 25 Mei ini.
#Azmin Ali #DAP #Parti Keadilan Rakyat #pemilihan PKR #PKR