awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Cameron Highlands: Lebih 90 peratus dijangka mengundi awal

Isabelle Leong
Isabelle Leong
21/01/2019
10:58 MYT
PRK Cameron Highlands: Lebih 90 peratus dijangka mengundi awal
Seramai 247 pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam undi awal itu merangkumi mereka yang masih berkhidmat, telah bertukar lokasi kerja, bersara dan meletakkan jawatan atau dibuang kerja. - Gambar fail
Lebih 90 peratus pengundi awal yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada Selasa.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seramai 247 pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam undi awal itu merangkumi mereka yang masih berkhidmat, telah bertukar lokasi kerja, bersara dan meletakkan jawatan atau dibuang kerja.
“Pengundian awal akan melibatkan dua tempat mengundi iaitu di Pusat Mengundi di Bilik Maklumat Balai Polis Brinchang dan Bilik Maklumat Balai Polis Sungai Koyan.
“Seramai 232 orang akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Brinchang dan 15 orang lagi di Balai Polis Sungai Koyan.
"Dijangkakan lebih 90 peratus pegawai dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mereka," kata Ashari pada sidang akhbar di Pusat Media PRK Cameron Highlands pada Isnin.
Tambahnya, pihaknya mewajibkan semua pegawai dan anggota polis untuk keluar mengundi dan bagi mereka yang telah bertukar lokasi kerja, mereka juga diberi arahan untuk hadir esok.
Topic Berkaitan
#Ashari Abu Samah
#Cameron Highlands
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PRK
#Sungai Koyan
#undian awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan