MUAR: DAP akan menjalankan gerak kerja secara lebih progresif, dalam meyakinkan lebih ramai pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram, 9 Sept ini.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, ini kerana, pihaknya bimbang sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, memandangkan ketika ini ramai pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan yang bekerja di luar kawasan.
Ia sekali gus dikhuatiri akan menjejaskan peluang untuk calon PH memperoleh kemenangan pada PRK berkenaan dan mengurangkan keabsahan kepada wakil rakyat yang akan dipilih kelak.
"Kita tahu bahawa ramai pengundi ini ramai bekerja di luar, termasuk di Singapura. Cabaran yang kita kenal pasti ialah pengundi luar dan menghubungi mereka untuk pulang mengundi.
"Kita juga kena yakinkan ibu bapa dan saudara mara, agar mereka ingatkan tanggungjawab kepada ahli keluarga mereka, untuk mengundi," katanya selepas menyampaikan ucapan pada Ceramah Pakatan Harapan di Wisma DAP Muar, pada malam Jumaat.
Mengulas lanjut, Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, keabsahan bagi seseorang wakil rakyat dipilih adalah amat penting, terutamanya dalam membawa suara rakyat dengan lebih kuat.
"Kita nak peratusan mengundi tinggi, kerana itu akan memberi keabsahan kepada wakil rakyat tersebut. Kalau wakil rakyat tersebut dipilih bukan daripada majoriti pengundi, katakan kurang 50 peratus, jadi suara dibawa itu tidak cukup kuat," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata amat, penting agar peratusan keluar mengundi sehingga melebihi 50 peratus.
"Setiap kali mana-mana pilihan raya, DAP sasar mesti lebih 70 peratus keluar mengundi," katanya.
Dalam pada itu, Loke berkata, setelah seminggu berkempen, beliau difahamkan peluang PH untuk memenangi kedua-dua kerusi berkenaan, adalah cerah.
"Saya telah pun meminta supaya seluruh jentera DAP dikerahkan bagi membantu calon PH, ikut rekod kita mempunyai peluang yang cerah, kerana rekod prestasi yang baik penyandang Datuk Seri Salahuddin Ayub juga daripada PH," katanya.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.
PRK di kedua-dua kerusi berkenaan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, BN-PH dan Bebas.
- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Anthony Loke berkata, pihaknya bimbang sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, memandangkan ketika ini ramai pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan yang bekerja di luar kawasan. - Gambar fail/Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRK Mahkota: Syed Hussien rayu pengundi pulang, terjemahkan sokongan dalam peti undi
Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah sekali lagi merayu supaya pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pulang mengundi esok.
PRK Mahkota: Jangan terlalu selesa, harus pulang mengundi - Tengku Zafrul
Beliau berkata, hal ini kerana sekitar 50 peratus pengundi bekerja di luar, yang dilihat sebagai antara cabaran dihadapi Barisan Nasional.
PRK Pelangai: PH Pahang bantu tarik pengundi luar pulang mengundi
Amirudin berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti lebih 2,000 pengundi DUN berkenaan, yang berada di ibu kota.
PRK: Hujan lebat tidak halang pengundi bekerja di Singapura tunai tanggungjawab
Hujan lebat pagi ini tidak menjadi penghalang buat seorang pengundi yang bekerja di Singapura menunaikan tanggungjawabnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini.
PRK: DAP jalan gerak kerja yakinkan pengundi luar kawasan balik mengundi
DAP bimbang peratusan keluar mengundi rendah, memandangkan ketika ini ramai pengundi di kedua-dua kerusi berkenaan yang bekerja di luar kawasan.
PRU15: Aliran trafik keluar ibu negara lancar
Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala keluar ke utara, timur dan selatan negara dilaporkan lancar setakat 10.30 malam ini.
PRU15: Bagai musim perayaan, Terminal Bas Larkin Sentral sesak ramai balik kampung
Kebanyakannya meluahkan rasa lega apabila kerajaan mengumumkan hari ini dan esok sebagai hari kelepasan am.
PRU15: Trak bawa 24 anggota tentera pergi mengundi terbalik, dua parah
Sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 24 anggota ke pusat pengundian awal terlibat nahas dan terbalik di Rembau.
PRU15: Jabatan Imigresen lakukan tambah baik, lancarkan rakyat Malaysia pulang mengundi
Jabatan Imigresen tidak menjangkakan akan berlaku kesesakan luar biasa di dua pintu masuk negara di negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Pelajar institusi KPM diberi pelepasan pulang mengundi
Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam diberi pelepasan pada 17 hingga 21 Nov ini untuk pulang mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).