awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman: 12 pasukan Op Cantas ditempatkan di kawasan 'hotspot' - Polis

Bernama
Bernama
02/12/2023
04:21 MYT
PRK Kemaman: 12 pasukan Op Cantas ditempatkan di kawasan 'hotspot' - Polis
Datuk Mazli Mazlan berkata pasukan itu ditempatkan di beberapa kawasan titik panas yang telah dikenal pasti di sekitar Parlimen berkenaan. - Gambar fail
CHUKAI: Polis mengaktifkan 12 pasukan Op Cantas bagi memastikan perjalanan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman hari ini, berjalan lancar tanpa gangguan.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata pasukan itu ditempatkan di beberapa kawasan titik panas yang telah dikenal pasti di sekitar Parlimen berkenaan.
"Setakat ini tak ada (lagi) apa-apa maklumat (kekecohan) tentang kawasan panas tetapi kita tempatkan 12 pasukan Op Cantas di kawasan yang kita kenal pasti," katanya selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Sultan Ismail di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 112 anggota trafik turut ditugaskan untuk melancarkan lalu lintas dan memudahkan semua pengundi sampai ke pusat mengundi dengan selamat dan cepat.
PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.
Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Sementara itu, Raja Mohamed Affandi yang ditemui ketika meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh di sini, menyeru pengundi untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka sebelum hujan yang dijangka berlaku petang ini.
"Tempat mengundi ini teratur dan saya ucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berjaya menguruskan tempat ini dengan baik. Proses pengundian juga berjalan dengan baik," katanya.
Ahmad Samsuri pula yang ditemui di SK Kerteh, di sini menjangkakan peratusan keluar mengundi lebih tinggi daripada 70 peratus yang disasarkan SPR.
"Alhamdulillah cuaca baik... walaupun ramalan sebelum ini (memaklumkan) kita mungkin menghadapi risiko hujan, kita harap cuaca begini bertahan hingga petang," katanya.
Menurut SPR, 18 peratus daripada 141,043 pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat 10 pagi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#Mazli Mazlan
#PRK Kemaman
#Op Cantas
#hari mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan