awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/12/2023
04:30 MYT
PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin
Saifuddin berkata, kerusi Parlimen Kemaman sememangnya disandang oleh wakil PN sebelum kemenangannya dibatalkan dan seterusnya kembali dimenangi oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kemenangan besar Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Sabtu lalu tidak membawa sebarang perubahan kepada kedudukan kerajaan dalam Parlimen ketika ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, kerusi tersebut sememangnya disandang oleh wakil Perikatan Nasional (PN) sebelum kemenangannya dibatalkan dan seterusnya kembali dimenangi oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata, kemenangan tersebut tidak boleh dijadikan sebagai gambaran sebenar persepsi rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim ketika ini.
“Kawasan Kemaman itu dulu siapa menang … Pas kan? Terbaharu ini siapa menang … (juga) Pas, jadi ia tiada nilai tambahlah kan?
"Jadi tiada apa-apa isyarat (penolakan rakyat) kerana tiada bertambah apa-apa (tambahan kerusi kepada pembangkang). Jadi kerana itu ia tidak beri sebarang isyarat apa-apa.
“Melainkan kalau kerusi itu sebelum ini dimenangi BN kemudian Pas-PN menang PRK... Ini cuma bertukar wakil rakyat... dan sekarang penduduk di situ menangkan semula PN. Jadi, tiada isu apa-apa. Saya ucapkan tahniah atas kemenangan itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sambutan Setahun KDN Madani dan Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, pada Isnin.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#PRK Kemaman
#Kerajaan Perpaduan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan