MALAYSIA
PRK Kinabatangan: 12.54 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah (dua, kanan) antara yang memantau proses pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam II, Kinabatangan, hari ini. --fotoBERNAMA
KINABATANGAN: Sebanyak 12.54 peratus atau 6,056 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 9 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mengikut pecahan kawasan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi, iaitu sebanyak 14.61 peratus, diikuti DUN Sukau (11.93 peratus) dan DUN Lamag (10.50 peratus).
Kesemua 36 pusat mengundi yang mengandungi 117 tempat mengundi atau saluran dibuka pada 7.30 pagi tadi membolehkan 48,282 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.
Pusat mengundi berkenaan dibuka hingga 5.30 petang dan sebanyak dua pusat mengundi ditutup pada 12 tengah hari, manakala 34 pusat mengundi pula ditutup secara berperingkat mulai 1 tengah hari hingga 5.30 petang mengikut masa mengundi yang telah ditetapkan.
Proses memilih wakil rakyat kawasan itu berlangsung dalam keadaan cuaca baik dan SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi PRK itu melebihi 65 peratus.
Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 10 malam.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini