awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
PM Korea Selatan cadang AS hantar utusan khas ke Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan: 50.37 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR

Bernama
Bernama
24/01/2026
07:49 MYT
PRK Kinabatangan: 50.37 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR
DUN Lamag mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 55.16 peratus, diikuti DUN Sukau (51.27 peratus) dan DUN Kuamut (46.02 peratus). -Foto Bernama
KINABATANGAN: Sebanyak 50.37 peratus atau 24,322 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat 3 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mengikut pecahan kawasan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 55.16 peratus, diikuti DUN Sukau (51.27 peratus) dan DUN Kuamut (46.02 peratus).
Kesemua 36 pusat mengundi yang menempatkan 117 saluran dibuka pada 7.30 pagi tadi, membolehkan 48,282 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu. Pusat mengundi berkenaan akan ditutup secara berperingkat hingga 5.30 petang mengikut jadual yang ditetapkan.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu membabitkan Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#pilihan raya kecil
#peratusan keluar mengundi
#Kinabatangan
#Lamag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan