PRK Kinabatangan: BN calonkan anak Allahyarham Bung Moktar

Mohd Naim Kurniawan, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kinabatangan yang dijadual berlangsung pada 24 Januari depan. - Gambar Facebook Naim Moktar
KOTA KINABALU: Mohd Naim Kurniawan, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan yang dijadual berlangsung pada 24 Januari depan.
Ringkasan AI
- Mohd Naim Kurniawan, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan yang berlangsung pada 24 Januari.
- Mohd Naim menerima amanah tersebut daripada kepimpinan tertinggi parti dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan yang diberikan.
- Sebelum ini, UMNO Sabah mencalonkan empat nama untuk pertimbangan Ahmad Zahid sebagai calon bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, selepas Allahyarham Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember lepas.
“Ini bukan hanya sekadar mandat parti, tetapi turut membawa tuntutan pembelaan daripada seluruh rakyat di Kinabatangan,” tulisnya pada malam Jumaat.
Mohd Naim yang juga anak sulung kepada bekas Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut meluahkan bahawa detik berkenaan pastinya lebih bermakna sekiranya dapat disaksikan oleh bapanya sendiri.
“Alangkah sempurnanya jika momen ini disaksikan oleh bapa saya. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.
“Takziah dan tahniah ini akan saya pikul bersama, dan akan diperjuangkan dengan sepenuh jiwa, kudrat serta keikhlasan,” katanya.
Sebelum ini, UMNO Sabah memaklumkan bahawa empat nama telah disenaraikan untuk dikemukakan kepada Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, sebagai calon bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Untuk rekod, Bung Moktar, 66, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


