MALAYSIA
PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
Dakwat yang digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya pada proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Teratak IPD Kinabatangan hari ini. - Foto BERNAMA
KINABATANGAN: Sebanyak 93 peratus atau 176 anggota polis telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hari ini.
Ringkasan AI
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata agensi itu, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukannya kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik.
"Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Proses pengundian awal yang berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan, melibatkan satu saluran pengundian dan sebanyak 189 orang anggota polis layak untuk mengundi awal dalam kedua-dua PRK berkenaan.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Ringkasan AI
- 93% atau 176 anggota polis telah mengundi awal bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
- Setiausaha SPR mengucapkan tahniah kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan polis kerana melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.
- Proses pengundian berjalan lancar dari 8 pagi hingga 5 petang di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan melibatkan 189 anggota polis yang layak mengundi.