MALAYSIA
PRK Kinabatangan, Lamag: Semua pusat mengundi ditutup 5.30 petang
Parlimen Kinabatangan memiliki sebanyak 48,282 pengundi biasa yang layak mengundi hari ini manakala DUN Lamag mempunyai 13,515 pengundi.
-Gambar Bernama
KINABATANGAN: Kesemua 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang, menjadikan jumlah keseluruhan pusat pengundian yang telah ditutup ialah 36.
Penutupan berkenaan dilaksanakan secara berperingkat dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Inarad dan SK Sri Ganda menjadi pusat pengundian terawal ditutup masing-masing pada 12 tengah hari.
Pusat mengundi di SK Kuamut, SK Masaum, SK Sangau, SK Tundun Bohangin, SK Litang dan SK Ladang Tomanggong pula ditutup pada 1 tengah hari disusuli SK Keramuak, SK Sungai Lokan, Dewan Serbaguna Kampung Balat Kinabatangan, SK Bilit dan SK Abai pada 2 petang manakala penutupan pada 3 petang melibatkan SK Penangah, SK Minusuh, SK Saguon, SK Tanjong Aru, SK Tanjong Batu dan SK Mumiang.
SK Pulau Lubukan adalah satu-satunya pusat pengundian yang ditutup pada 4 petang diikuti SK Menanam, SK Sogo-Sogo, SMK Entilibon, SK Pekan Tongod dan SK Batu Puteh sejam kemudian.
PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula menyaksikan sebanyak enam pusat pengundian terakhir ditutup pada 5.30 petang ini melibatkan SK Buang Sayang, SK Bukit Garam, SMK Bukit Garam, SK Bukit Garam II, SMK Bukit Garam II dan SK Kota Kinabatangan.
Terdahulu, tiga pusat pengundian iaitu SK Sangau ditutup pada 1 tengah hari diikuti SK Sungai Lokan dan Dewan Serbaguna Kampung Balat, masing-masing 2 petang.
Proses memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu berlangsung dalam keadaan cuaca baik serta tiada sebarang insiden dilaporkan dan ketika ini, proses pengiraan kertas undi sedang dilakukan.
Parlimen Kinabatangan memiliki sebanyak 48,282 pengundi biasa yang layak mengundi hari ini manakala DUN Lamag mempunyai 13,515 pengundi.
Setakat 3 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan sebanyak 50.37 peratus keluar mengundi bagi PRK Kinabatangan manakala 55.16 peratus bagi PRK DUN Lamag.
Proses pengundian dikendalikan 1,106 petugas SPR dengan dibantu oleh 926 pegawai dan anggota polis.
Penjumlahan undi berlangsung di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 10 malam.
Pada Selasa lepas, SPR memaklumkan sebanyak 93 peratus atau 176 anggota polis telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi kedua-dua PRK di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).
Di DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob daripada BN menentag Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini