MALAYSIA
PRK Kinabatangan: Pembukaan sampul undi pos bermula
Berdasarkan siaran langsung SPR di Facebook Akademi Pilihan Raya, sebanyak 251 sampul undi pos akan dibuka dalam proses berkenaan. -Gambar fail
KINABATANGAN: Proses pembukaan sampul undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan bermula 2 petang ini, membabitkan pengundi daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau.
Proses berkenaan berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatangan, di sini dan disaksikan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ejen calon serta pemerhati pilihan raya.
Berdasarkan siaran langsung SPR di Facebook Akademi Pilihan Raya, sebanyak 251 sampul undi pos akan dibuka dalam proses berkenaan.
Sebelum ini, SPR memaklumkan sebanyak 446 kertas undi pos dikeluarkan kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Parlimen Kinabatangan memiliki sebanyak 48,282 pengundi biasa yang layak mengundi pada hari ini, manakala DUN Lamag mempunyai 13,515 pengundi.
Pada Selasa lepas, SPR memaklumkan sebanyak 93 peratus atau 176 anggota polis telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi kedua-dua PRK berkenaan yang berlangsung di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.
PRK Parlimen Kinabatangan yang menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN) Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu membabitkan Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan), diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini