MALAYSIA
PRK Kinabatangan: Peti undi SK Inarad terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi
Ketua Tempat Mengundi Ronny @ Sior Bataim (dua, kanan) dan Josmin Mosulin (dua, kiri) membawa peti undi dari pusat mengundi SK Inarad ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag hari ini. -Foto Bernama
KINABATANGAN: Dua peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dari pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Inarad menjadi yang terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag, di sini 3 petang ini.
SK Inarad yang mengandungi dua saluran ditutup 12 tengah hari tadi.
Sebelum itu, kedua-dua peti undi berkenaan dibawa Ketua Tempat Mengundi (KTM) SK Inarad Ronny @ Sior Bataim dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan helikopter.
Sejurus helikopter berkenaan mendarat di padang Majlis Daerah Kinabatangan, kedua-dua peti undi itu dibawa ke Dewan Sri Lamag dengan kawalan polis.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala bagi DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini