MALAYSIA
PRK Lamag: 10.57 peratus selesai mengundi setakat 9 pagi - SPR
Nurul Athirah Abdullah dan Nurul Fikriyah Azroy menunjukkan jari kelingking yang sudah dicelup dakwat selepas mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam II, Kinabatangan, hari ini. -- fotoBERNAMA
KINABATANGAN: Sebanyak 10.57 peratus atau 1,429 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag setakat 9 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mengikut pecahan daerah mengundi, Lamag mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi, iaitu 21.79 peratus, diikuti Balat (21.07 peratus), Buang Sayang (11.93 peratus), Bukit Garam (10.70 peratus), Kota Kinabatangan (9.57 peratus) dan Usaha Jaya (7.23 peratus).
Kesemua sembilan pusat mengundi yang mengandungi 30 tempat mengundi atau saluran itu dibuka pada 7.30 pagi tadi, membolehkan 13,515 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.
Kesemua pusat mengundi berkenaan dibuka hingga 5.30 petang dan akan ditutup secara berperingkat mulai 1 tengah hari hingga 5.30 petang mengikut masa mengundi yang telah ditetapkan.
Proses pengundian setakat ini berlangsung dalam keadaan cuaca baik dan SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi PRK itu melebihi 65 peratus.
Proses penjumlahan undi akan diadakan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 10 malam.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini