awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini

Bernama
Bernama
28/09/2024
00:15 MYT
PRK Mahkota: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Petugas SPR membuat persiapan akhir sebelum proses pengundian bagi PRK DUN Mahkota ketika tinjauan di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, Kluang, semalam. -- fotoBERNAMA
KLUANG: Kesemua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, dibuka serentak 8 pagi ini.
Proses pengundian hari ini melibatkan 61,274 pengundi dan akan berlangsung sehingga 6 petang, sebelum proses penjumlahan undi dilakukan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di bandar Kluang pagi ini, namun ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang.
PRK itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, dengan kedua-duanya juga akan mengundi hari ini.
Secara keseluruhan terdapat 66,318 pengundi berdaftar bagi DUN Mahkota dengan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta polis telah berlangsung pada Selasa, melibatkan 4,437 pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan kertas 607 undi pos pada 15 Sept dan melantik 1,126 petugas bagi mengendalikan proses PRK itu.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos.
Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022 menyaksikan Sharifah Azizah yang mewakili BN, menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru melibatkan Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.
DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan telah melalui lima pilihan raya dengan empat daripadanya dimenangi BN.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#DUN Mahkota
#pilihan raya kecil
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan