awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi

Bernama
Bernama
28/09/2024
02:15 MYT
PRK Mahkota: 8.89 peratus sudah mengundi setakat 9 pagi
Tiga pengundi Muhammad Zakwan Danial, Soh Shan Meng dan M Cholavarma menunjukkan jari mereka yang sudah didakwat selepas selesai mengundi pada PRK DUN Mahkota di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, Kluang, hari ini. -- fotoBERNAMA
KLUANG: Sebanyak 8.89 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu setakat pukul 9 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Semua 20 pusat mengundi melibatkan 109 saluran dibuka serentak 8 pagi tadi bagi membolehkan 61,274 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka hari ini.
Cuaca setakat ini adalah baik dan tinjauan Bernama di beberapa pusat mengundi mendapati proses pengundian berjalan lancar.
Kesemua 20 pusat mengundi akan ditutup pada pukul 6 petang, sebelum disusuli dengan proses penjumlahan undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.
Secara keseluruhan 66,318 pengundi layak menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRK itu, dengan pengundian awal melibatkan 4,437 anggota tentera dan pasangan serta polis telah diadakan Selasa lepas.
Bagi PRK DUN Mahkota, SPR juga mengeluarkan 607 kertas undi pos pada 15 Sept lepas.
PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Mahkota di sini
Topic Berkaitan
#PRK Mahkota
#PRK DUN Mahkota
#DUN Mahkota
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan