awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2024
04:45 MYT
PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Kedai kopi yang menawarkan wifi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai di Sungai Asap B di Gua Musang.
NENGGIRI: Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.
Keprihatinan pemilik kedai di Sungai Asap B di sini menyediakan kemudahan tersebut memberi nafas lega kepada mereka yang berkenaan untuk mengakses Internet pada hari pembuangan undi.
Pemilik kedai, Kamarudin Wok, 53, berkata, tindakan itu bagi memudahkan penduduk mendapatkan akses Internet.
"Ini merupakan salah satu khidmat sosial saya membantu penduduk di sini.
"Saya akui di sini agak sukar untuk mendapatkan akses Internet," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurut beliau, walaupun baharu empat bulan berniaga di sini namun dia gembira dapat berbuat demikian.
Sementara itu, pengamal media, Kamarul Bismi Kamaruzaman, 26, berkata, kemudahan itu membantu memudahkan tugasnya untuk menghantar bahan berita.
"Saya sedikit panik apabila sukar mengakses internet kerana bahan berita perlu dihantar segera. Hendak ke kawasan berhampiran jauh mengambil masa sehingga 45 minit. Kami lega apabila mendapat tahu kedai kopi ini menawarkan WiFi percuma, terima kasih kepada pemilik," katanya
Penduduk, Faiz Mohamed, 28, memberitahu, masalah itu sudah lama berlanjutan sehingga memaksa mereka menaiki bukit berhampiran jika ingin mengakses Internet.
"Kami berharap wakil rakyat yang dipilih pada PRK kali ini akan memberi banyak berita gembira kepada penduduk, terutama dari segi kemudahan," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#Internet
#kedai kopi
#Sungai Asap B
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan