JOHOR BAHRU: Penglibatan menteri besar Johor dan dua bekas menteri besar negeri itu dalam jentera Barisan Nasional (BN), dilihat mampu memberikan pengaruh besar dalam memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram, 9 Sept ini.
Biarpun dikatakan ada segelintir akar umbi BN khususnya UMNO, 'tersinggung' dengan pemilihan calon PH untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu, namun ketokohan dan kepimpinan yang ada pada Datuk Onn Hafiz Ghazi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Hasni Mohammad, diyakini mampu merawat 'luka' itu.
Ia penting bagi mengekang kemaraan gelombang hijau daripada merebak ke negeri itu, yang setakat ini hanya mempunyai satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, sekali gus mengekalkan Johor sebagai negeri 'simpanan tetap' BN.
Bagi Pensyarah Sosiobudaya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Mohamed Khaled sebagai Pengerusi BN Johor serta Onn Hafiz yang kini menerajui kerajaan negeri, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
Beliau berkata ia ditambah dengan aura dimiliki pada Hasni, yang sebelum ini agak popular sebagai Menteri Besar Johor, apabila berjaya mengepalai jentera BN sehingga membolehkan parti itu menang dengan lebih dua pertiga majoriti, pada PRN Johor Mac tahun lepas.
"Jadi gabungan kekuatan (ketiga-tiga mereka) boleh menangkis serangan atau pun pengaruh PAS. Mereka akan dapat menjadi benteng kepada pengundi daripada terpengaruh dengan PAS," katanya yang juga Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Beliau berkata walaupun di pihak Perikatan Nasional (PN) turut mempunyai seorang bekas menteri besar iaitu Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga Pengerusi PN Johor, namun beliau dilihat tidak mempunyai pengaruh besar dalam kalangan pengundi, lebih-lebih lagi perkhidmatannya tidak sampai setahun sebelum digantikan Hasni.
Dr Sahruddin, yang merupakan seorang doktor, mula menyerlahkan kepimpinannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, ketika insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, pada 2019, yang membawa kepada pelantikan beliau sebagai Menteri Besar selama 10 bulan.
Seorang lagi penganalisis politik Dr G Manimaran berkata PN telah mula merintis laluan untuk bertapak di Johor sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022 lagi, iaitu menerusi pengundi muda.
"Saya selalu mengatakan gelombang hijau sudah mula berputik di bawah PN, ketika PRN Johor lagi yang ketika itu memperoleh undi signifikan di saluran orang muda di kebanyakan kerusi DUN.
"Bagaimanapun dalam menghadapi PRK Pulai dan Simpang Jeram ini, saya berpandangan kepimpinan Onn Hafiz, Hasni dan Mohamed Khaled, akan membawa kelebihan kepada blok Kerajaan Perpaduan (PH-BN) dalam PRK kali ini, untuk mengekang gelombang hijau daripada bertapak di Johor," katanya.
Manimaran, yang juga menulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, percaya sumbangan dan peranan ketiga-tiga mereka itu, akan memberi pengaruh yang besar kepada pengundi untuk memihak kepada PH-BN, sekali gus mempertahankan kedua-dua kerusi itu yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Sementara itu bagi penganalisis politik Dr Che Hamdan Che Mohd Razali, biarpun gabungan PH-BN mempunyai kelebihan dengan memiliki tiga figura tersebut, namun dalam masa yang sama kesepakatan antara tokoh berkenaan amat penting, bagi menggerakkan jentera masing-masing untuk memenangkan calon PH Suhaizan Kaiat di Pulai dan Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.
"Semua figura ini mempunyai pengaruh tersendiri, cuma bagaimana masing-masing memainkan peranan dalam menggembleng jentera dan meraih undi. Mereka (PH dan BN) perlu ketepikan ego masing-masing dan melupakan pengalaman lalu, ketika berada dalam kem berbeza," katanya.
PH mempertaruhkan bekas Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat bagi Parlimen Pulai, akan berhadapan calon PN iaitu Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai Zulkifli Jaafar, dan seorang calon Bebas iaitu Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) Samsudin Mohamad Fauzi.
Bagi DUN Simpang Jeram pula, PH mempertaruhkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri Nazri Abdul Rahman yang akan ditentang calon Perikatan Nasional Dr Mohd Mazri Yahya seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular serta seorang calon Bebas yang merupakan ahli perniagaan S. Jeganathan.
SPR menetapkan PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan serentak susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya itu menetapkan 5 Sept sebagai hari pengundian awal, manakala 9 Sept hari mengundi.
Berdasarkan data SPR setakat 23 Julai lepas, seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai dan bagi DUN Simpang Jeram pula seramai 40,379 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
SPR menetapkan PRK Pulai dan Simpang Jeram diadakan serentak susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. - Foto BERNAMA
PBB zahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan yang memuncak di Gaza
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk berkata malah kakitangan PBB mempunyai akses terhad ke Gaza.
Ketua Pihak Berkuasa ibu kota baharu Indonesia letak jawatan, cetus tanda tanya
Ketua Pihak Berkuasa IKN Nusantara, Bambang Susantono mengambil keputusan untuk mengundur diri dari jawatannya.
Kanak-kanak Palestin redha impian terbantut
Setiap manusia pasti mempunyai impian dan keinginan yang ingin dikecapi..
Buat kanak-kanak di Palestin, hasrat yang ingin mereka capai hanyalah satu iaitu untuk melanjutkan pelajaran ke pesada dunia.
Buat kanak-kanak di Palestin, hasrat yang ingin mereka capai hanyalah satu iaitu untuk melanjutkan pelajaran ke pesada dunia.
Australia buka pengambilan kepada warga asing
Hari ini, kami mengumumkan Australia membuka pintu kepada bukan warganegara untuk berkhidmat dalam pasukan pertahanan. Kami bercakap tentang pemastautin tetap yang telah menetap untuk sekurang-kurangnya setahun. Dan kami memerlukan mereka untuk mengambil kewarganegaraan Australia dalam masa 90 hari selepas menyertai ADF. Kami membuka pintu pada mulanya kepada Kiwi (warga New Zealand) mulai 1 Julai. Susulan itu, mulai Januari tahun depan, mungkin kami akan membuka permohonan kepada negara-negara Five Eyes pula.
Matawang baharu berimejkan King Charles III dipamerkan
Matawang baharu berimejkan King Charles III dipamerkan
Rakyat Britain bakal melihat matawang baharu dengan potret King Charles III, apabila ia akan mula diedarkan pada 5 Jun ini.
Mereka juga berpeluang melihat not polimer itu - yang terdiri daripada £5, £10, £20 dan £50 - dengan lebih awal apabila ia dipamerkan di Muzium Bank England
Rakyat Britain bakal melihat matawang baharu dengan potret King Charles III, apabila ia akan mula diedarkan pada 5 Jun ini.
Mereka juga berpeluang melihat not polimer itu - yang terdiri daripada £5, £10, £20 dan £50 - dengan lebih awal apabila ia dipamerkan di Muzium Bank England
Filipina batalkan 29 penerbangan domestik
Kira-kira 29 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina telah dibatalkan susulan letusan Gunung Kanlaon di Pulau Negros, menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada Selasa, lapor Agensi Berita Filipina
17 terbunuh, di Sri Lanka akibat hujan monsun lebat
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh, selepas hujan monsun lebat melanda Sri Lanka pada Isnin, mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat.
13 daripada 25 daerah di negara kepulauan itu dilaporkan banjir, dengan lima daripadanya diletakkan di bawah amaran banjir besar.
13 daripada 25 daerah di negara kepulauan itu dilaporkan banjir, dengan lima daripadanya diletakkan di bawah amaran banjir besar.
Kolaborasi Strategik Domitys Bangsar, IMM CAREHUB untuk warga emas aktif
: Kebiasaannya rumah penjagaan warga emas sering dikaitkan dengan golongan yang terbiar, terasing daripada keluarga, dan hanya ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan minimal.
Namun apa pilihan yang ada bagi warga emas khususnya di Lembah Klang, yang masih aktif, cenderung melakukan aktiviti di luar, atau masih ingin bersosial secara optimum. Jawapannya ada di Domyts Bangsar yang diuruskan Ascott Malaysia.
Namun apa pilihan yang ada bagi warga emas khususnya di Lembah Klang, yang masih aktif, cenderung melakukan aktiviti di luar, atau masih ingin bersosial secara optimum. Jawapannya ada di Domyts Bangsar yang diuruskan Ascott Malaysia.
2 pegawai Kastam didakwa 14 pertuduhan rasuah
Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan menerima rasuah RM12,500 antara tahun 2017 dan 2023.
Dua insiden pokok tumbang di Lembah Klang
: Perjalanan lima individu berdepan dengan cetik cemas apabila dua kenderaan yang mereka naiki dihempap pokok tumbang di Kapar, Klang.
Dalam insiden berasingan, sebuah gerai di Kampung Baru turut musnah dihempap pokok tumbang. Tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam insiden berasingan, sebuah gerai di Kampung Baru turut musnah dihempap pokok tumbang. Tiada kecederaan dilaporkan.
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Ahli politik Britain menang PRK dengan kempen pro-Palestin
Ahli politik Britain George Galloway meraih kemenangan besar dalam PRK bagi kerusi Parlimen Rochdale dengan menjadikan sokongan terhadap Semenanjung Gaza sebagai modal kempen pilihan raya.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.