awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: Polis Johor lulus tujuh permit ceramah, kempen

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2023
05:37 MYT
PRK: Polis Johor lulus tujuh permit ceramah, kempen
Polis Johor menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis Johor telah meluluskan tujuh permit kempen serta ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Jurucakap Media PRK Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som, berkata enam permit itu diluluskan bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara bagi kawasan Parlimen Pulai manakala satu lagi bawah IPD Muar untuk DUN Simpang Jeram.
Tambahnya, setakat ini tiada sebarang kertas siasatan yang dibuka.
"Polis Johor menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, kain tentang dan bendera dengan mencabut atau membakarnya.
"Tindakan tersebut merupakan perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Polis Johor meminta semua calon yang ingin mengadakan kempen pilihan raya agar mengikuti undang-undang mengikut Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRK
#Pulai
#Simpang Jeram
#permit ceramah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan