awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pulai: Pusat undi awal dibuka, 927 pegawai, anggota polis tunai tanggungjawab

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2023
00:00 MYT
PRK Pulai: Pusat undi awal dibuka, 927 pegawai, anggota polis tunai tanggungjawab
Seramai 927 pemilih pegawai polis dan anggota akan menunaikan tanggungjawab bagi kerusi Parlimen Pulai - Foto fail/Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Pentas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai membuka tirai dengan pengundian awal hari ini yang bermula pada pukul 8 pagi.
Seramai 927 pemilih pegawai polis dan anggota akan menunaikan tanggungjawab di dua pusat pengundian iaitu di Dewan Nusantara, Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua melibatkan seramai 881 pengundi awal, manakala 46 orang di Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas.
Kedua-dua pusat mengundi awal itu dibuka serentak pada pukul 8 pagi, namun tempoh masa mengundi di Balai Polis Kempas adalah hingga 12 tengah hari.
Manakala, pusat mengundi awal di markas PPM Wilayah Dua ditutup pada pukul 5 petang.
Pengundian awal berkenaan melibatkan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Pulai iaitu Perling dan Kempas.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 23 Julai lepas.
Begitu pun, tiada pengundian awal berlangsung di kerusi DUN Simpang Jeram hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi berkenaan pada 9 September ini.
Seramai 166,653 pengundi berdaftar layak menjalankan tanggungjawab di Parlimen Pulai, manakala 40,379 pengundi berdaftar di DUN Simpang Jeram.
Bagi Parlimen Pulai, saingan melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar; serta calon Bebas, Samsudin Mohd Fauzi.
Kerusi DUN Simpang Jeram juga melibatkan saingan tiga penjuru iaitu calon PH, Nazri Abdul Rahman; calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya; serta calon Bebas, S Jeganathan.
Topic Berkaitan
#PRK Pulai
#Undi awal PRK Pulai
#Salahuddin Ayub
#Calon PRK Parlimen Pulai
#PRK Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan