awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Rompin, Permatang Pauh kejutan peringatan untuk BN

Bernama
Bernama
08/05/2015
05:12 MYT
PRK Rompin, Permatang Pauh kejutan peringatan untuk BN
PRK kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan peringatan kepada Barisan Nasional (BN). - Foto AWANI/Shahir Omar
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan peringatan kepada Barisan Nasional (BN).
Pemerhati politik berpendapat, kemerosotan undi majoriti BN di PRK Rompin dan kegagalan di Permatang Pauh, memerlukan pendekatan yang lebih efisien untuk BN memenangi hati rakyat.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata pucuk pimpinan perlu bekerjasama dan bekerja lebih kuat lagi bagi memperkasakan sokongan rakyat. "Kita lihat penurunan undi itu begitu ketara di Rompin, majoriti yang diperoleh tidak meyakinkan bahawa kita (BN) sebenarnya berada dalam zon yang selamat.
"PRK tak memungkinkan BN boleh kalah begitu teruk sekali walaupun ada peralihan kepimpinan tetapi ini adalah satu wake up call," katanya dalam rancangan 'Ruang Bicara' yang disiarkan secara langsung di BernamaTV malam tadi.
Rancangan itu yang bertajuk 'PRK: YB Pilihan' dihoskan oleh Dahlan Maamor. Turut menjadi tetamu ialah Timbalan Speaker Parti Gerakan Rakyat Syed Razak Alsagoff bagi membincangkan wakil rakyat yang menjadi pilihan rakyat di sesuatu kawasan itu.
Pada PRK Parlimen Rompin kali ini, BN tewas di lima daripada 38 pusat daerah mengundi selain beberapa saluran peti undi di tanah rancangan Felda Keratong 2, 4 dan 5.
Walaupun kemenangan calon BN Datuk Hasan Arifin pada PRK Rompin sudah diduga banyak pihak, namun jumlah majoriti undi yang berkurangan hampir sekali ganda, itu nyata jauh tersasar daripada harapan pucuk pimpinan BN.
Bagi PRK Parlimen Permatang Pauh pula, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kerusi kawasan itu dengan majoriti 8,841 undi.
Mohamad berpendapat BN perlu lebih mempelajari 'digital marketing' (pemasaran digital) melalui media sosial dengan lebih drastik dan berkesan serta mengambil perhatian terhadap keperluan dan kehendak generasi muda.
"Kita kena lihat macam mana nak gunakan digital media untuk pemasaran politik di mana peranan kita boleh menggandingkan dan mensosialisasikan anak muda kita supaya mereka faham dan ikhlas.
"Ini yang dikatakan jihad politik... bukan sahaja jihad ekonomi, jihad politik pun penting," katanya. Selain itu, Syed Razak pula berkata masih terdapat banyak isu yang perlu diselesaikan dan diperjelaskan supaya BN menjadi lebih bagus pada masa akan datang.
Beliau berkata kerajaan perlu cepat dalam menangani isu dan persepsi yang diputarbelitkan pihak-pihak tertentu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Permatang Pauh
#PRK
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan