awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan bekalan air berpanjangan jejas lebih 10,000 pengguna di Labuan
Senator AS usul rang undang-undang halang Trump rampas Greenland
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki didera pengasuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Semenyih: SPR hantar kad maklumat pengundian kepada pengundi berdaftar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/02/2019
10:19 MYT
PRK Semenyih: SPR hantar kad maklumat pengundian kepada pengundi berdaftar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghantar sejumlah 54,471 kad pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Semenyih bagi memudahkan pengundi berdaftar menyemak segala maklumat berkaitan.
KUALA LUMPUR :Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghantar sejumlah 54,471 kad pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Semenyih bagi memudahkan pengundi berdaftar menyemak segala maklumat berkaitan.
Pengerusinya Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kad itu mengandungi maklumat penting seperti pusat mengundi, saluran, bilangan dan masa mengundi.
“Maklumat tersebut akan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada hari mengundi awal yang dijadualkan pada 26 Februari 2019 dan hari mengundi biasa pada 2 Mac 2019.
“Pengundi yang telah menerima kad tersebut tidak perlu lagi membuat semakan di Barung SPR untuk menyemak saluran dan nombor bilangan pengundi dalam daftar pemilih kerana kedua-dua maklumat tersebut telah dinyatakan dalam kad tersebut,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Azhar Azizan berkata, pengundi tetap perlu membawa kad pengenalan bagi pengesahan identiti sewaktu hari pengundian kelak.
Bagi mereka yang tidak menerima kad tersebut, beliau berkata, mereka masih boleh membuat semakan maklumat pengundian melalui portal SPR pengundi.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) (SPR SEMAK Nombor Kad Pengenalan ke nombor 15888 atau menghubungi talian hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Untuk PRK DUN Semenyih, seramai 951 orang pengundi awal dan 53,520 orang pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab masing-masing, iaitu 26 Februari 2019 untuk hari mengundi awal, dan 2 Mac 2019 untuk hari mengundi biasa.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Azhar Azizan Harun
#PRK Semenyih
#DUN Semenyih
#SPR
#kad mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan