NIBONG TEBAL: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin mengakui beliau menggalas tugas berat bagi merealisasikan hasrat kepimpinan tertinggi parti merampas kembali kerusi DUN itu.
Joohari pada sesi Ramah Mesra Bersama Media pada Ahad lepas berkata memandangkan kerusi itu bukan bersifat status quo, beliau perlu bekerja lebih keras untuk memenangi semula kerusi berkenaan yang merupakan kubu kuat PKR selama tiga penggal sejak 2008 sebelum bertukar tangan kepada Pas tahun lepas.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui selepas proses penamaan calon Sabtu lepas berkata PRK berkenaan mampu menjadi medan terbaik buat PH mencipta kejutan merampas kembali kerusi itu, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.
Persoalannya mampukah bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu merealisasikan harapan tinggi berkenaan?
Penganalisis politik Prof Dr Jayum Anak Jawan berkata bekas guru itu mampu dan berkebolehan untuk memecahkan status quo kerusi DUN berkenaan kerana beliau bukannya calon tanpa kelebihan atau 'underdog', sebaliknya mempunyai sokongan daripada parti pemerintah di peringkat Persekutuan mahupun negeri.
Beliau berkata PRK DUN Sungai Bakap bukan pertandingan antara calon semata-mata, tetapi dilihat sebagai medan pertaruhan parti-parti politik Melayu yang bersaing untuk memikat pengundi Melayu.
"Ia antara PKR (+ UMNO) lawan Bersatu (+ Pas). Kemenangan kepada PKR dan PH akan suntik semangat bahawa sokongan Melayu mula beralih kepada PKR dan PH. Ia juga menjadi medan pertaruhan sokongan Melayu kepada PKR dan PH," kata pensyarah Sains Politik Universiti Putra Malaysia itu kepada Bernama.
Beliau yang juga Felo Akademi Sains Malaysia berkata persaingan satu lawan satu antara PH dan Perikatan Nasional (PN) tanpa calon ketiga membuktikan tiada pihak ketiga yang mampu menggugat barisan parti pemerintah dan pembangkang menyusun strategi dalam PRK itu.
Turut senada pensyarah kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Jamaie Hamil yang menyifatkan peluang Joohari memecahkan status quo kerusi DUN Sungai Bakap yang dilihat sebagai 'kawasan kelabu' adalah cerah, namun bergantung kepada beberapa faktor.
"Pertama perlu dilihat bagaimana kempen dimainkan oleh Kerajaan Perpaduan untuk memberi keyakinan kepada pengundi supaya memberi kemenangan kepada mereka. Kedua, perlu ditekankan kenyataan bahawa jika Pas menang di kawasan itu sekalipun, ia tidak boleh berbuat apa-apa kerana kerajaan negeri (Pulau Pinang) berada di bawah Kerajaan Perpaduan.
"Ketiga, jika dilihat kepada negeri-negeri yang diperintah PN, tidak nampak ada kemajuan atau langkah-langkah yang boleh mencabar negeri-negeri di bawah khemah Kerajaan Perpaduan termasuk di Sabah dan Sarawak. Jika track record itu berjaya diyakinkan oleh jentera Perpaduan, maka ia kelebihan kepada calon PH.
"Jika kita lihat sejarah di Sungai Bakap pada PRU lepas, persaingan sebenarnya berlaku antara PKR dan Barisan Nasional (BN), bukan dengan Pas, Pas sebenarnya tidak memberi saingan pun kepada PKR sebelum ini," katanya.
Pemerhati politik itu juga berpandangan ketiadaan calon bebas atau parti politik kecil yang lain dalam PRK berkenaan disebabkan mereka serik dengan tujuh PRK sebelum ini yang membuktikan persaingan sebenar hanya antara parti kerajaan dan pembangkang, sekali gus menunjukkan mereka sebagai tidak relevan dalam gelanggang sesuatu PRK.
Joohari dicabar Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili PN dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap 6 Julai ini, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
Kerusi DUN Sungai Bakap yang merupakan satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal, mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Joohari menziarahi kediaman keluarga kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Laila Lakisha di Kampung Changkat Din, Sungai Jawi pada Selasa.- Foto Bernama
China laksanakan dasar pengecualian kepada lima negara LAC
China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC).
Chris Brown hadir di mahkamah Manchester, dakwaan serangan
Menurut polis Chris Brown ditangkap dan didakwa melakukan serangan hingga kecederaan parah pada Februari 2023.
Trump akan bertemu Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin “secepat mungkin” untuk menamatkan perang Rusia-Ukraine.
Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun peringati ulang tahun ke 77
Penunjuk perasaan terdiri memegang plakad mengutuk kekejaman Israel di Gaza ketika ini.
Polis Sweden dedah rakaman kamera badan tembakan di sekolah, Februari lalu
Suspek yang dikenali sebagai rickard andersson menembak mati sepuluh pelajar dan guru di Sekolah Risbergska di bandar orebro sebelum membunuh diri dalam kejadian 4 Februari lalu.
Kekalkan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR- Nik Nazmi
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan sokongannya agar Datuk Seri Rafizi Ramli dikekalkan sebagai Timbalan Presiden parti itu bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Rapat AMK 2025 bakal himpun perwakilan cabang seluruh negara
Menurut Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim, rapat AMK itu akan menjadi ruang bagi setiap calon yang bertanding untuk menyatakan visi, misi serta hala tuju mereka.
Ambil inspirasi Nabi Muhammad, harungi cabaran era teknologi - PM Anwar
Umat Islam harus mengambil inspirasi daripada dedikasi junjungan besar Nabi Muhammad SAW terhadap keadilan dan belas kasihan dalam mengharungi cabaran teknologi dan digitalisasi.
Dunia Islam harus proaktif, bangunkan penyelesaian sesuai keperluan - PM Anwar
Dunia Islam perlu menjadi proaktif dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Guna khidmat kurier, lelaki ditahan dadah bernilai RM2.1 juta dirampas
Polis Pulau Pinang mematahkan taktik pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantaran syarikat kurier selepas menahan seorang lelaki dalam serbuan di Butterworth pada Khamis.

Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
![[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional [KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720269586_TBSgBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.

PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.

PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.

Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus

Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.

PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.