KUALA LUMPUR: Setelah penat seharian bekerja, sudah menjadi kebiasaan bagi pelbagai lapisan rakyat Malaysia untuk melepak waktu malam bersama rakan-rakan di restoran mamak sambil berborak dan pekena teh tarik.
Dengan bahang kehangatan kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu masih terasa, maka cakap-cakap politik tidak pernah lekang daripada bibir rata-rata pelanggan kedai Mamak.
Seorang rakan penulis, berusia lewat 20-an ketika asyik minum teh tarik, secara tiba-tiba bertanya: "Kenapa aku kena balik kampung mengundi, sedangkan aku baharu sahaja mengundi, kurang setahun lepas?.
Apa yang membuatkan penulis terkejut ialah beliau bukan sahaja keliru antara Pilihan Raya Umum dengan PRN, malah kebanyakan rakan-rakannya juga begitu, dengan rata-rata mereka sudahpun memutuskan untuk tidak pulang ke kampung mengundi hujung minggu ini dengan alasan mereka baru sahaja menunaikan kewajipan sivik mengundi, sebelum ini.
Hanya tinggal empat hari menjelang hari pengundian pada Sabtu (12 Ogos), Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Dasar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak Dr Nur Aida Kipli berkongsi kebimbangan mengenai sikap tidak peduli (buta politik) belia yang dilihat bukan sahaja boleh menjejaskan peratusan keluar mengundi, malah keputusan pilihan raya.
"Keengganan golongan muda (mengundi) ialah kerana mereka tidak nampak relevannya untuk mereka mengundi pada PRN kali ini. Ini kerana mereka kurang pendedahan politik tentang kepentingan dan signifikannya pilihan raya negeri.
"Belia cenderung percaya bahawa peranan mereka tidak penting dan mereka tidak nampak dalam gambaran besar mengapa PRN memainkan peranan penting dalam komuniti mereka?," katanya kepada Bernama.
Seramai 9.67 juta pengundi akan mengundi Sabtu ini di enam negeri.
Lebih separuh daripada jumlah pengundi itu merupakan belia di bawah umur 39 tahun dengan 661,905 pengundi berumur antara 18-20 tahun, 2.16 juta (berumur 21-29) dan sebanyak 2.16 juta (berumur 30-39).
Dilaporkan bahawa enam negeri memutuskan untuk tidak mengadakan PRN serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini kerana perlu bersiap-sedia menghadapi banjir pada musim tengkujuh, manakala baki tujuh negeri lagi telah mengadakan PRN dalam tempoh dua tahun lepas.
Sabah mengadakan PRN pada September 2020; Melaka dan Sarawak masing-masing pada November 2021 dan Disember 2021; Johor pada Mac 2022. Sementara Pahang, Perlis dan Perak mengadakan PRN serentak dengan PRU ke-15 pada November 2022.
Secara tradisinya, PRN sepatutnya diadakan serentak dengan PRU dengan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen akan berkhidmat selama lima tahun tetapi setiap negeri boleh memutuskan bila untuk mengadakan PRN.
Melihat scenario ini, Nur Aida menyarankan kempen kesedaran perlu ditingkatkan tiga kali ganda oleh pihak media, agensi kerajaan, institusi pendidikan, dan badan bukan kerajaan, supaya pengundi yang layak benar-benar faham akan tanggungjawab mereka untuk mengundi dalam PRN kali ini.
Sementara itu, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez berkata adalah sesuatu yang merugikan apabila golongan belia tidak menyedari tanggungjawab mereka dan tidak peduli tentang pilihan raya.
Mengakui berdepan masalah yang sama semasa bertemu dengan beberapa belia, beliau menyeru mereka supaya menyedari potensi sebenar diri mereka dalam memilih pemimpin yang betul yang boleh memberi impak besar kepada masa depan mereka.
"Ini kerugian besar, ia bukan hanya soal proses demokrasi, tetapi juga kerugian anak-anak muda yang hari ini diberi keutamaan dan kelebihan mengundi pada usia 18 tahun, dan menjadi tanggungjawab orang muda untuk terlibat bagi menentukan hala tuju enam negeri, namun tidak merebut peluang tersebut," katanya.
Mohamed Khairul Azman juga mencadangkan mata pelajaran demokrasi diajar di sekolah supaya apabila pelajar yang tamat Tingkatan Lima dan layak mengundi, sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya.
"Untuk MBM sendiri, kita bersama lebih 40 badan gabungan lain, kita guna cara sendiri seperti penglibatan menerusi media sosial, penerangan. Kita ada keluarkan juga infografik, penglibatan dengan sekolah dan universiti.
"Tetapi sudah semestinya, sekadar mana kita mampu. Apa yang lebih penting, kita perlukan intervensi kerajaan khususnya, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia dan Sukan untuk pastikan pendidikan demokrasi yang perlu, dilaksanakan di sekolah menengah supaya ia jadi asas bila pelajar keluar dari sekolah dia ada asas secukupnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Menurut seorang pensyarah UiTM, keengganan golongan muda mengundi ialah kerana mereka tidak nampak relevannya untuk mereka mengundi pada PRN kali ini. - Gambar fail
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Puluhan kakitangan berhimpun di Universiti Stanford
Universiti Standford, California antara puluhan institusi yang menyertai protes menggesa menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza akibat serangan Israel.
Polis masuk Universiti Columbia, tahan beberapa individu
Pada Selasa, pelajar Universiti Colombia berikrar meneruskan siri protes di kampus sebagai solidariti menyokong Palestin, sekali gus melawan usaha pihak universiti untuk menghentikan mereka.
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).