KUALA LUMPUR: Seramai 97,388 individu terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bermula 8 pagi ini.
Pengundian awal turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.
Menurut SPR, daftar pemilih pilihan raya yang akan digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dan PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.
Ia menyaksikan seramai 49,660 anggota ATM dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing, akan mengundi di 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal bagi PRN.
PRK Kuala Terengganu pula akan melibatkan pengundi awal yang terdiri daripada 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan dengan empat pusat mengundi awal dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu.
Kesemua pusat pengundian awal bagi PRN di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi dan akan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi.
Di Kuala Terengganu, pusat pengundian awal pertama yang akan ditutup ialah bagi bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada pukul 12 tengah hari diikuti DUN Bandar pada pukul 2 petang dan yang terakhir DUN Ladang pada 5 petang, manakala bagi DUN Wakaf Mempelam, tiada pusat pengundian awal.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRN melibatkan enam negeri dan PRK Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian pada 12 Ogos ini.
PRN ini melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40) Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari penamaan calon pada 29 Julai lepas dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos.
Astro Awani
Tue Aug 08 2023
Menurut SPR, daftar pemilih pilihan raya adalah yang terkini dan dikemas kini sehingga 21 Jun 2023. - Foto fail/Astro AWANI
Keupayaan merancang, melaksanakan reformasi dasar negara
Bagaimana dinamika ekonomi, sosial dan budaya semasa dalam mempengaruhi pembangunan dan transformasi negara seperti Malaysia? Kupasa bersama Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari.
OPR: Pengaruh keputusan bank pusat Asia lain
Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkongsi pandangan berkenaan unjuran kadar dasar semalaman (OPR) yang dijadualkan pada 8-9 Mei 2024.
AWANI Ringkas: Goldman Sachs selesai membayar penalti AS$2.9 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
“Arwah Hail Amir mesra orangnya, mudah berkawan” - Chuari Selamat
Suatu hal yang istimewa mengenai Hail Amir ialah beliau tidak pernah sesekali lupa menghargai komposer dan penulis lirik, kata Chuari.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
HSBC yakin Malaysia tidak mungkin ikut langkah Indonesia, Filipina naikkan kadar faedah
Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mungkin mengikuti rakan bank pusat di Indonesia dan Filipina dalam menaikkan kadar faedah apabila jawatankuasa dasar monetarinya bermesyuarat minggu ini, kata HSBC.
Jualan Proton meningkat 17 peratus pada bulan lalu
Pengeluar kereta nasional itu berkata jualan bagi empat bulan pertama tahun ini turut meningkat kukuh kepada 50,175 unit berbanding 49,702 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harga koko tinggi berpotensi beri pulangan besar kepada lebih 5,000 pekebun kecil koko - Johari Ghani
Kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM9.5 juta untuk pelaksanaan projek penanaman koko dan pemulihan ladang koko. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penanaman koko baharu akan meliputi kawasan seluas 350 hektar manakala projek pemulihan ladang koko akan merangkumi kawasan seluas 2,126 hektar.
Shell bincang jual stesen minyak di Malaysia kepada Saudi Aramco - Sumber
Rundingan bermula pada akhir 2023 dan perjanjian mungkin dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang, kata satu sumber. Dua sumber yang diberi taklimat mengenai perkara itu meletakkan potensi saiz urus niaga pada kira-kira RM4 bilion hingga RM5 bilion ringgit ($844 juta hingga $1.06 bilion).
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).