HULU SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) dijadual mengumumkan manifesto bagi Selangor pada Jumaat ini sebagai tawaran kepada pengundi-pengundi di negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos akan datang.
Menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini sekali gus menafikan dakwaan bahawa gabungan itu tidak mempunyai idea untuk membentangkan tawaran kepada para pengundi.
Jelas Muhyiddin, manifesto yang akan diumumkannya itu disifatkan sebagai 'game changer' kepada Negeri Selangor.
"Saya baru tadi (Selasa) duduk dengan beberapa kawan-kawan saya dalam jawatankuasa nak meneliti persiapan manifesto.
"Saya rasa yang akan saya umumkan ini sesuatu yang bukan sahaja menarik tetapi satu 'game changer' yang boleh meningkatkan Negeri Selangor dan juga kedudukan rakyat Selangor kepada satu tahap yang lebih tinggi," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum DUN Hulu Bernam, di sini, pada Selasa malam.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menambah, manifesto tersebut antaranya dijangka meliputi pemberian bantuan langsung kepada golongan kurang berkemampuan termasuk miskin dan miskin tegar.
"(Manifesto) ini dapat memberikan bantuan-bantuan langsung dan tidak langsung, menyediakan bantuan prihatin, kemudahan untuk anak-anak muda, wanita, orang tua, dewasa dan pelbagai lagi.
"... yang saya teliti tadi agak cukup elok, dan kita akan umumkan pada Jumaat malam akan datang. Ia jelas apa yang termaktub dalam itu termasuk antara lain soal pemberian air secara percuma bagi sesetengah kategori penduduk di Negeri Selangor," jelas Muhyiddin lagi.
Pada PRN 12 Ogos ini, PN bertanding di semua 56 kerusi DUN Selangor.
Hasimi Muhamad
Tue Aug 01 2023
Jelas Muhyiddin, manifesto yang akan diumumkannya itu disifatkan sebagai 'game changer' kepada Negeri Selangor. - Foto Facebook/Muhyiddin Yassin
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRN Melaka: PN lancar manifesto Ahad ini
Perikatan Nasional (PN) akan melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Ahad ini.