PRN: Cuaca cerah di kebanyakan pusat penamaan calon, hujan di Alor Setar

Bernama
Julai 29, 2023 01:15 MYT
Anggota polis dibantu anggota Rela membuat kawalan ketat di jalan utama memasuki Pusat Penamaan Calon PRN bagi DUN Kijal di Dewan Sivil Kijal, Chukai, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Cuaca pada awal pagi ini, dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Antara kawasan dilaporkan cerah ialah Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor; Pasir Mas, Gua Musang dan Tumpat (Kelantan); Sik (Kedah) serta Sikamat (Negeri Sembilan).
Sementara beberapa kawasan di Alor Setar, Kedah pula dilaporkan hujan bermula 7.45 pagi.
Selain itu, cuaca di sekitar pusat penamaan calon di Kijal, Terengganu dilaporkan mendung dengan keadaan berkabus dan berangin.
Seawal 7 pagi, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pasukan keselamatan mula berkumpul dan diberi taklimat tugasan di pusat penamaan calon sebelum ia dibuka pada 9 pagi.
Selain daripada penyokong parti kepada calon bakal bertanding, tidak ketinggalan juga adalah petugas media yang hadir sejak awal pagi di pusat-pusat penamaan calon untuk membuat liputan.
-- BERNAMA
#PRN #pusat penamaan calon #cuaca cerah #hujan