awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
[KOLUMNIS] Mesyuarat tergempar UNSC mengenai AS-Venezuela: Kemungkinan yang boleh diduga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Annuar puas hati liputan media

Bernama
Bernama
07/03/2022
12:23 MYT
PRN Johor: Annuar puas hati liputan media
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mahu semua platform media kekal menyampaikan maklumat bagi membantu perjalanan PRN Johor dengan baik. - Gambar BERNAMA
MUAR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mahu semua platform media untuk terus kekal menyampaikan maklumat bagi membantu perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan baik.
Secara keseluruhannya, Annuar berkata, beliau berpuas hati dengan liputan yang diberikan oleh semua media termasuk radio dan televisyen.
Katanya, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memberikan satu garis panduan untuk menggalakkan media seperti radio dan televisyen, membantu menyampaikan makumat-maklumat yang mendorong orang ramai supaya keluar mengundi
"Liputan media ok, saya tengok dan saya pantau, termasuk juga radio bukan sahaja televisyen. Jangan takut keluar mengundi, mereka harus keluar mengundi, pematuhan kepada SOP (prosedur operasi standard).
"... dan juga beberapa perkara atau mesej yang hendak disampaikan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan mesti diwar-warkan seberapa kerap oleh semua stesen radio dan televisyen," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#liputan media
#maklumat
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan