PRN Johor: Cuaca diramal cerah sebelah pagi - MetMalaysia

Bernama
Mac 10, 2022 09:47 MYT
Seramai 239 calon bertanding pada PRN Johor di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Cuaca di seluruh negeri pada waktu pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini diramalkan cerah, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Berdasarkan maklumat di laman web MetMalaysia, ribut petir pula dijangka berlaku pada sebelah petang di tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.
Suhu sepanjang hari berkenaan diramal 23 hingga 33 darjah Celsius.
Seramai 239 calon bertanding pada PRN Johor di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi pada Sabtu ini.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Suruhanjaya Pilihan Raya turut menasihatkan pengundi supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan seperti tertera dalam aplikasi MySPR Semak.
-- BERNAMA
#PRN Johor #MetMalaysia #cuaca cerah #ribut petir