JOHOR BAHRU: Sukar meramalkan sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) akan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana situasinya tidak sama dengan mana-mana pilihan raya sebelum ini.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, PRN Johor amat berbeza malah sukar dibandingkan dengan PRN di Sabah, Sarawak dan Melaka pada tahun lalu termasuk mana-mana pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.
"Bagi PRN Johor tidak ada siapa yang boleh jadi 'Nujum Pak Belalang' meramal mana parti politik boleh menang mudah dengan memperoleh sekian-sekian banyak kerusi. Kehadiran lebih 2.57 juta pengundi baharu khususnya pengundi muda 18 tahun ke atas ibarat 'game changers'.
"Segala 'score-sheets' PRU12, PRU13 dan PRU14 sudah tidak relevan lagi. Jadi panduan umum bolehlah tetapi tidak lagi terpakai apabila beribu-ribu pengundi muda dan pengundi daftar automatik membanjiri setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Johor," katanya.
Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.
PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan DUN pada 22 Januari lalu dan SPR pula dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting untuk PRN.
Dalam pada itu, Hassan berharap, PH dan parti pembangkang bukan komponen PH masih ada masa untuk rundingan membentuk persefahaman politik bagi mengelak pertembungan tiga hingga penjuru dalam PRN Johor.
Katanya, masih belum terlambat untuk rundingan kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hanya akan bermesyuarat pada 9 Februari nanti.
"Hari penamaan calon lambat lagi. Masih ada masa untuk berbincang untuk elakkan pertembungan tiga, empat, lima atau enam penjuru. Bertembung sesama pembangkang akan menguntungkan UMNO dan BN sahaja.
"Jadi parti-parti politik pembangkang di luar PH seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) perlu adakan rundingan.
"Begitu juga dengan parti terbaru ditubuhkan bernama Parti Bangsa Malaysia (PBM) apa status anda sebenarnya? Menyokong kerajaan atau 'mesra kerajaan' atau bebas atau pembangkang," katanya.
Hassan berkata, PN yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan juga perlu menjelaskan status mereka dalam PRN Johor sama ada berpihak pada kerajaan atau pembangkang.
Penyertaan begitu banyak parti politik dalam PRN tersebut katanya, menunjukkan tidak wujud kebimbangan terhadap risiko penularan COVID-19 sekali gus menunjukkan pertandingan dalam sistem dua parti iaitu BN dan PH sudah tidak wujud lagi.
Menurutnya, PRN Johor merupakan pilihan raya pelbagai parti yang akan mewujudkan resepi 'rojak' bagi politik Malaysia dan keputusannya sama ada baik atau buruk akan disaksikan nanti.
"Benarlah anggapan saya bahawa PRN Johor ini semacam 'raptai' kepada parti-parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) sama ada pada tahun ini atau selewat-lewatnya Mei 2023 tahun hadapan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 01 2022
PRN Johor bakal diadakan selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan DUN pada 22 Januari lalu. - Foto fail/BERNAMA
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.