Skip to main content

Malaysia

PRN Johor: Laungan 'Johor undi Harapan' iringi calon PH ke pusat penamaan calon

PASIR GUDANG, 27 Jun -- Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu (tiga, kiri) mengiringi calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Permas, Sharon Teo (dua, kiri) di Pusat Penamaan Calon DUN N43 Permas sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Dewan Muafakat Taman Mawar hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perarakan yang bermula 8.15 pagi itu diketuai Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu bersama ratusan penyokong PH yang berpakaian serba merah. - Foto BERNAMA
Advertisement

PASIR GUDANG: Laungan “Johor undi Pakatan Harapan (PH)” mengiringi perarakan Sharon Teo ke pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Muafakat Taman Mawar di sini.

Perarakan yang bermula 8.15 pagi itu diketuai Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu bersama ratusan penyokong PH yang berpakaian serba merah.

Turut kelihatan berarak ke pusat penamaan calon ialah calon Barisan Nasional (BN) Baharudin Mohamed Taib, yang juga penyandang kerusi DUN Permas, diiringi ratusan penyokong pada 8.35 pagi.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement