KOTA TINGGI: Pihak penganjur khususnya program melibatkan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dinasihat menyediakan ruang khas sidang media untuk memudahkan tugas liputan petugas media, sekali gus mengurangkan penularan jangkitan COVID-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata penyediaan ruang khas, dapat mewujudkan penjarakan fizikal dalam kalangan petugas media, memandangkan mereka adalah golongan yang sentiasa berada di lapangan, selain sangat terdedah kepada risiko jangkitan.
"Jadi adalah elok bagi parti-parti yang mengendalikan pusat-pusat aktiviti, mengambil kira tentang keselamatan pihak media, kalau dapat diadakan di ruangan sidang media (PC) dan ada masa PC tersusun dan terkawal itu lebih baik daripada bersesak-sesak, 'jolok' atau sambil berjalan terpaksa minta komen dalam keadaan tidak terkawal.
"Ini boleh dilakulan demi kebaikan untuk semua sama-sama menjaga keselamatan lebih-lebih lagi petugas media. Kalau petugas media semua sakit nanti semua orang susah juga...tiada berita," katanya selepas majlis penyampaian Watikah Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor (Zon Timur) di Dewan Serbaguna Kota Kecil, di sini malam ini.
Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasihat kementerian kepada penganjur majlis parti politik untuk mengelakkan petugas media dijangkiti COVID-19 ketika musim pilihan raya.
Beliau turut menasihatkan kepada semua petugas media yang bertugas sepanjang PRN Johor, untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan kesihatan kendiri, selain mengamalkan 3W (Wash, Wear and Warn).
"Kita harus menghargai pengorbanan pihak media... mereka mudah terdedah, kalau tidak mahu terdedah hanya duduk di rumah, tapi mana mungkin petugas media nak berada di rumah, media kalau perang pun, mereka ada di medan perang," katanya.
Pada 11 Feb lepas, dilaporkan seramai empat petugas media yang membuat liputan PRN Johor, disahkan positif COVID-19, manakala sekurang-kurangnya lima lagi diarah menjalani kuarantin kendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengadakan sidang media Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Keluarga Malaysia di Dewan Serbaguna Kota Kecil pada Khamis. - Foto BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.