JOHOR BAHRU: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura untuk menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Biarpun sukarelawan Undi18 dan 1 Third Media berada di dua negara berbeza, namun usaha mereka tidak sia-sia apabila berjaya membantu ribuan rakyat Johor di republik itu dengan membawa masuk kertas undi dari seberang tambak ke negeri ini.
Menurut wakil Sukarelawan Undi18, Mandeep Singh, pihaknya berbincang dengan 1 Third Media di Singapura bagi melaksanakan usaha mengumpulkan kertas undi pos itu secara maya sebelum kedua-dua NGO itu memulakan gerak kerja sejak 1 Mac lalu.
Mandeep berkata, mereka mengambil peluang daripada insiatif kerajaan melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) laluan darat memandangkan sempadan negara belum lagi dibuka.
Katanya, usaha itu dibuat bagi membolehkan semua kertas undi pos rakyat Johor di Singapura tiba sebelum Sabtu ini dan dikira sebagai undi yang sah.
"Hari ini adalah penyerahan kertas undi pos daripada rakyat Johor di Singapura yang juga pengundi Johor di sana yang telah mendaftar sebagai pengundi pos untuk PRN johor kali ini.
"Disebabkan sempadan negara masih tutup dan untuk mengelakkan kertas undi sampai lewat ke pusat pengundian, maka satu inisiatif dijalankan sukarelawan di Semenanjung Malaysia dan juga sukarelawan rakyat Malaysia yang berada di Singapura untuk membawa masuk kertas undi pos dari republik itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bagasi berisi 1,021 kertas undi pos daripada wakil 1 Third Media, Mohd Hafeez A Jaz di Larkin Sentral di sini, hari ini
Difahamkan, seramai kira-kira 7,814 rakyat Johor di Singapura yang layak mengundi pos.
Mandeep berkata, setakat ini kira-kira 5,000 kertas undi sudah diterima pihaknya dari Singapura menerusi dua perjalanan iaitu hari ini dan Ahad lalu.
Manakala, katanya, pihaknya akan menerima baki kertas undi itu pada esok sebelum membuat penyusunan mengikut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus (RO) Pilihan Raya di setiap pusat pengundian.
Pada masa sama, Mohd Hafeez berkata, seramai 39 sukarelawan di Singapura mengambil peluang melaksanakan usaha itu sebagai satu tanggungjawab dan berasa bangga kerana ia pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya negara ini.
"Alhamdulillah. Kami tidak merasakan ini satu beban, tetapi menganggap ia satu tanggungjawab daripada kami sebagai wakil rakyat Malaysia yang berada di Singapura untuk memudahkan urusan pengundian rakyat Johor yang berada di sana yang mengundi di negeri ini," katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pengundi pos untuk menghantar semula kertas undi dengan apa jua cara supaya diterima RO sebelum jam 5 petang, Sabtu ini.
Bagaimanapun, SPR menyeru agar pengundi pos menghantar undi mereka menggunakan saluran kurier yang sah dan dijamin keselamatannya.
Ia bagi mengelakkan undi pos lewat atau tidak sampai atau disalahgunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Izlaily Nurul Ain Hussein
Thu Mar 10 2022

Mohd Hafeez (kanan) menyerahkan bagasi berisi kertas undi pos kepada Mandeep (kiri). - Foto Astro AWANI

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.

MAHB laksanakan proses 'uji dan lepas' program VTL udara mulai 16 Mac
Penumpang terbabit tidak lagi perlu menunggu keputusan saringan RT-PCR COVID-19 mereka di lapangan terbang.

P. Pinang sedia terima pelancong VTL dari Singapura
Pulau Pinang sedia menyambut kedatangan mereka sebagai usaha merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi kedua-dua negara.

VTL Thailand dan Kemboja: Malaysia sudah bersedia, setanding negara maju - MATA
Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan laluan baharu VTL ke Thailand dan Kemboja, selepas Singapura.

PRN Johor: Pengundi mula pulang dari Singapura untuk tunai tanggungjawab
Menjelang hari pengundian platform bas VTL di Larkin Sentral dipenuhi penumpang yang pulang ke tanah air dari Singapura antaranya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kuota harian VTL darat ditambah mulai Isnin - Wee
Kuota harian bagi penumpang di bawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 kepada 3,420 orang mulai Isnin depan (14 Mac).

PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

SOP ulang alik harian ke Singapura dimuktamad minggu depan - Khairy
Perkara itu dijangka akan dimuktamadkan minggu hadapan selepas penelitian beberapa aspek dibuat termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

Singapura kerjasama dengan Malaysia perluas VTL darat - Laporan
Singapura sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk membenarkan pengembara yang lengkap menerima vaksin COVID-19 melintasi sempadan darat melalui mod pengangkutan lain.

Inisiatif VTL mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah - Jafry
Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah perlu melakukan penelitian dan sekali gus mempertimbangkan perlaksanaan inisiatif VTL menerusi perkhidmatan udara melalui Singapura.