JOHOR BAHRU: Setiap pagi, Ahmad Fairuz Apandi, 41, akan bangun seawal 5.30 pagi untuk ke Stadium Sultan Ibrahim bagi melakukan tugas harian, iaitu memastikan kawasan seluas 140,000 meter persegi itu sentiasa bersih.
Dan tugasan itu bukan mudah, apatah lagi jika sehari selepas sebarang perlawanan bola, pasti tahap kebersihan itu harus dikembalikan seperti mana sebelum kehadiran pengunjung atau peminat tegar Harimau Selatan.
Bagaimanapun, dengan gaji sekitar RM1,900 sebulan selepas ditolak SOCSO dan KWSP, anak kelahiran Wadi Hassan, Johor Bahru itu tahu ia tidak akan mencukupi untuk menanggung kehidupannya dan isteri di bandar raya Johor Bahru ini.
“Biarpun isteri saya juga bekerja, namun pendapatan isi rumah kami sekitar RM4,000 sebulan, hanya paras-paras hidung selepas menolak segala kos dan perbelanjaan bulanan.
“Saya juga menanggung sebahagian besar perbelanjaan ibu saya yang tinggal di Wadi Hassan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
DUA KERJA DEMI MENAMPUNG KOS SARA HIDUP TINGGI
Atas sebab itu, Ahmad Fairuz berkata, dia mengambil keputusan untuk mengorbankan sebahagian besar masa yang ada, untuk melakukan kerja sambilan, dengan mengambil upah menjaga sebuah gerai menjual pakaian di Bazar Karat, Johor Bahru, tiga kali seminggu.
Upah yang diterima memadai iaitu RM50 sehari, memberikan dirinya tambahan pendapatan sebanyak RM600 sebulan.
Biarpun masih belum mempunyai zuriat, perbelanjaan yang dilakukan setiap bulan terpaksa dilakukan dengan penuh jimat cermat, memandangkan kos untuk hidup di bandar raya ini bukan rendah.
Johor Bahru merupakan antara 57 bandar di seluruh negara yang melaksanakan skim gaji minimum untuk swasta, iaitu sebanyak RM1,200 sebulan.
MEMADAIKAH RM1,500 SEBULAN?
Mengikut warta kerajaan yang digazetkan berkuat kuasa 1 Februari, 2020, kadar gaji minimum yang perlu dibayar kepada individu yang bekerja di kawasan majlis bandar raya atau perbandaran yang ditetapkan haruslah sebanyak RM1,200 sebulan.
Jika ia bekerja selama enam hari seminggu, maka kadar upah harus sebanyak RM46.15, lima hari seminggu (RM55.38), enam hari seminggu (RM69.23), manakala kadar upah ikut jam ialah sebanyak RM5.77.
Bagi kawasan selain majlis bandar raya yang ditetapkan pula, kadar gaji minimum ialah sebanyak RM1,100 sebulan.
Pada 4 Feb lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dilaporkan sebagai berkata, kadar gaji minimum yang baharu sekitar RM1,500 sebulan, akan ditetapkan sebelum penghujung tahun ini.
DARI JOHOR BAHRU KE SINGAPURA
Bagi pekerja am, Shazrul Faiza Mat Noor, 34, peluang kerja yang ditawarkan di Singapura, menjamin pendapatan yang sedikit lumayan bagi anak Johor sepertinya.
Namun, dia berpendapat, masa yang dikorbankan, tidak kurang lamanya – bangun seawal jam 4 pagi, dan sampai di rumah sekitar 9 malam, hanya untuk mencari rezeki di seberang.
“Pengalaman masa tu kita masih bujang lagi, kita dengar orang kerja di Singapura gaji besar, jadi kita pergi sana, mohon kerja dengan syarikat yang sediakan perkhidmatan kutip sampah, bersihkan laluan jalan raya.
“Faktor utama untuk rakyat Johor bekerja di sana, kerana kita kejar gaji besar, masa saya di sana dahulu, dulu dalam tukaran wang dalam 2.4 (SD1 = RM2.4), dah cukup besar bagi saya. Walaupun kerja tu berat, tapi bagi saya ia berbaloi,” katanya lagi.
Dia memberitahu Astro AWANI, rutin harian sewaktu bekerja di Singapura sekitar 2013-2014, memerlukan dirinya untuk bangun seawal 4 pagi bagi mengejar bas dari Tebrau ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar.
Selepas itu Shazrul Faiza berkata, dia akan menyeberangi Selat Tebrau menaiki bas, dan dari Woodlands, akan menaiki lori yang disediakan untuk ke Bedok.
Apabila selesai dengan tugasan, dia lebih selesa untuk menyeberangi Tambak dengan berjalan kaki, kerana kebiasaanya jalan akan menjadi sesak sewaktu di waktu puncak.
Namun, Shazrul Faiza berpandangan, gaji mungkin sedikit lumayan, namun masa untuk diri sendiri dan keluarga adalah sesuatu yang lebih berharga.
“Pada waktu itu gaji saya boleh mencecah hingga ke RM3,500, dan kebiasaannya saya akan membawa bekal dari rumah. Kalau dah time gaji baru la nak merasa makan sedap sikit,” katanya mengimbas waktu itu.
Shazrul Faiza berkata, cadangan untuk menaikkan gaji minimum, sekurang-kurangnya RM1,500 itu dijangka dapat sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan yang dihadapi rakyat akibat kos sara hidup yang meningkat.
Dengan lebihan pendapatan, selepas ditolak SOCSO dan EPF, dia berkata, sekurang-kurangnya lebih banyak perbelanjaan dapat dilakukan, sekaligus dapat memastikan aliran tunai dalam negara lebih rancak.
KENAPA TIDAK MAHU TERUS KE RM1,500?
Bagi pengusaha restoran di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Kumpur, Bastien Onn, 42, meningkatkan gaji sehingga RM1,500 sewajarnya dilihat semua pihak sebagai usaha memindahkan kekayaan kepada yang memerlukan.
Ketua Pemuda UMNO Segamat itu berkata, sepatutnya tiada alasan untuk menidakkan usaha rekalibrasi semula gaji yang berpatutan untuk pekerja di dalam negara ini.
“Sharing of wealth (perkongsian kekayaan) ni important (penting). Pindahkan kekayaan, bina ekonomi, dan kitaran ringgit harus kekal dalam negara. Dengan lebihan gaji yang ada, yang mereka terima ini, akan merancakkan ekonomi. Kerana kerajaan harus tahu, jika ada lebihan ringgit, mereka juga akan merancakkan ekonomi dalam Malaysia.
“Beli lebih kerap, akan berbelanja lebih kerap. Ini mempunyai domino effect yang jelas. Saya rasa tidak ada alasan untuk diberi rekalibrasi gaji untuk Malaysia,” katanya lagi.
Bastien berkata, sememangnya kerajaan harus mengimbangi keperluan antara membantu meningkatkan kesejahteraan pekerja, serta memahami kesan kenaikan gaji terhadap majikan.
Namun, titik tengah itu harus dicari, dan meningkatkan kesejahteraan pekerja dengan cara menaikkan gaji kepada kadar yang berpatutan, dapat meningkatkan produktiviti, seterusnya memberi kesan lebih baik kepada perniagaan atau sektor yang diusahakan.
“Sudah tentu wujud soal majikan mahu nikmati gaji rendah, tetapi ini tidak bertanggunjawab, kerana hanya nak kumpukan kekayaan untuk diri mereka, sedangkan orang lain yang bekerja juga memerlukan pendapatan cukup untuk bina kehidupan.
“Bila penyelesaian ini tak mampu dirungkai, maka kerajaan harus ambil jalan yang lebih tegas. Penetapan oleh Jemaah Menteri harus ambil kira dan mengutamakan kemaslahatan rakyat,” tegasnya lagi.
PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR, APA TAWARAN UNTUK RAKYAT?
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal menyaksikan hari pengundian pada 12 Mac ini, memberi peluang untuk kesemua parti-parti politik dan calon bebas yang bertanding, untuk menyenaraikan janji, visi atau apa sahaja langkah untuk mereka menggamit sokongan sekitar 2.5 juta pengundi di negeri ini.
Dan kos sara hidup sewajarnya menjadi salah satu daripada tumpuan mereka, terutamanya tentang bebanan yang dihadapi rakyat Johor yang tinggal di kawasan bandar, dengan gaji yang rendah.
Baik Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Warisan, Pejuang, atau mana-mana lagi parti yang memunculkan diri, diharap isu kos sara hidup dan gaji minimum ini, janganlah dipandang sepi selepas berjaya mendapat kuasa.
Ini kerana Johor yang makmur, rakyatnya juga harus makmur.
Firdaus Azil
Sun Feb 27 2022
Isu kos sara hidup dan gaji minimum sewajarnya diberi perhatian oleh semua pihak bertanding, berasaskan prinsip Johor Makmur, rakyatnya juga harus makmur. - Gambar fail/BERNAMA
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis
Kedua-duanya dalam dilema antara terus menghormati MoU, desakan pimpinan parti untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) serta sentimen semasa rakyat terhadap mereka.
UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik
UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan hadiah kepada seluruh rakyat di negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN
Laungan keramat Barisan Nasional tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya lazimnya berbunyi 'Hidup Barisan Nasional".