KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan kempen mencerca dan memaki hamun orang lain sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata bibit-bibit ke arah perjalanan kempen tanpa adab dan nilai murni sudah mula dilihat dengan beliau sendiri menjadi bahan cercaan oleh setiap pemimpin pembangkang, termasuk oleh mereka yang mendakwa mewakili parti berteraskan Islam.
Anwar berkata tindakan memaki hamun beliau atau mana-mana pimpinan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan memberi kesan terhadap usaha membantu rakyat dan memajukan negara sebaliknya perlakuan negatif itu akan dinilai, seterusnya dihukum rakyat dalam PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini.
"Pilihan raya ini bukan medan untuk memaki orang tetapi medan untuk kita menerangkan mengenai perancangan ekonomi dan hal berkaitan kepentingan rakyat.
"Apa yang kita nampak keadaan menjelang PRN ini mula tajam dan hangat dengan tiada lagi batas adab, nilai murni sebaliknya penuh dengan maki hamun terutamanya kepada saya selaku Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada majlis 'Kita Hulu Klang Bersama PMX' di padang Rumah Pangsa PKNS AU2, Taman Keramat dekat sini semalam.
Anwar berkata beliau akur dengan dirinya yang sentiasa dijadikan bahan kempen pembangkang namun, keadaan dan cara kempen parti lawan, khususnya daripada parti yang berteraskan Islam ketika ini amat jauh berbeza berbanding semasa dipimpin oleh Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Sehubungan itu, beliau mahu seluruh rakyat Selangor memberikan sokongan kepada mana-mana calon daripada PH atau Barisan Nasional (BN) yang diketengahkan Kerajaan Perpaduan dalam PRN ini sebagai isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat menolak cara berpolitik yang tidak menguntungkan negara itu.
"Dengan sokongan dan dukungan penduduk Hulu Klang serta seluruh rakyat Selangor, kita harus bagi mesej jelas kepada pembangkang yang perbuatan mencerca dan memaki hamun lawan bukan lagi pilihan.
Sebaliknya kita buktikan hanya kerajaan yang sedaya upaya berusaha meningkat upaya rakyat sebagaimana Kerajaan Selangor diberi sokongan dan dipilih walau siapapun calon yang pimpinan pilih," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengulangi komitmen dan tekad membebaskan negara dari belenggu rasuah dengan tidak berkompromi walau siapa pun pelakunya.
Anwar berkata walaupun pembangkang menuduhnya dengan pelbagai dakwaan negatif namun apabila dicabar mereka tidak dapat menunjukkan bukti yang beliau dan kerajaan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri.
"Alhamdulillah, selepas tujuh bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, tiada satu kes rasuah melibatkan menteri Kabinet dilaporkan dan ini disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Anwar berucap pada Program 'Kita Hulu Klang bersama Perdana Menteri' di Padang Rumah Pangsa PKNS AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kamala Harris rapatkan jurang dengan Trump dalam perlumbaan Presiden - Tinjauan WSJ
Dalam perbandingan secara langsung, Trump mengekalkan sedikit kelebihan dengan memperoleh 49 peratus undian berbanding 47 peratus untuk Harris.
Anwar nafi beliau 'anak angkat' Amerika, MOF pinjam duit IMF
Anwar turut meluahkan kekesalan kerana yang bercakap perkara itu melempar fitnah secara terang-terangan.
Pengundi UK skeptikal kemampuan parti politik untuk laksana janji pilihan raya - Tinjauan
62 peratus daripada sampel yang ditinjau mengatakan mereka tidak yakin Parti Konservatif akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang digariskan.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Mahkamah Brazil sekali lagi halang bekas presiden bertanding pilihan raya
Bekas presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Selasa sekali lagi dilucutkan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PRN: Kempen politik harus bebas perbuatan cerca, hina orang lain - Anwar
Katanya, bibit-bibit ke arah kempen tanpa adab dan nilai murni sudah mula dilihat dengan beliau sendiri menjadi bahan cercaan pembangkang.
Jangan cemari fikiran belia dengan politik tidak sihat - Adam Adli
Kata Adam Adli, parti dan pemimpin politik hendaklah berkempen dalam keadaan yang memberi kebaikan serta manfaat kepada golongan belia.
PRN: Ahmad Zahid harap GPS turun padang bantu calon BN
Beliau mahu agenda kestabilan politik di Sarawak menjadi contoh serta diguna pakai oleh jentera gabungan berkenaan semasa berkempen kelak.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
PRN: Elak sentuh isu bangkit kemarahan rakyat - Zahid
Ahmad Zahid berkata walaupun calon-calon PRN berkenaan berbeza pendapat dan pandangan politik namun mereka perlu bertindak secara rasional ketika berkempen.