awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: MCMC pantau syarikat telekomunikasi bagi kapasiti rangkaian, liputan perkhidmatan

Bernama
Bernama
08/07/2023
21:54 MYT
PRN: MCMC pantau syarikat telekomunikasi bagi kapasiti rangkaian, liputan perkhidmatan
Pengarah MCMC negeri di enam negeri akan melakukan pengawasan di barisan hadapan memantau liputan perkhidmatan oleh telco untuk memastikan ia berada pada tahap memuaskan.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melakukan pengawasan ke atas syarikat telekomunikasi (telco) untuk mengoptimumkan kapasiti rangkaian, liputan perkhidmatan dan meningkatkan kualiti pengalaman bagi persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi yang diadakan di enam negeri.
Komunikasi Korporat MCMC dalam kenyataan kepada Bernama berkata berikutan pilihan raya itu dijangkakan trafik akan bertambah dan permintaan terhadap liputan juga akan meningkat termasuk pada hari mengundi.
Bagaimanapun MCMC berkata ia akan sentiasa memantau liputan dan perkhidmatan telekomunikasi supaya berada dalam keadaan baik.
"Pengarah MCMC negeri di enam negeri juga akan melakukan pengawasan di barisan hadapan memantau liputan perkhidmatan oleh telco untuk memastikan ia berada pada tahap memuaskan. MCMC sentiasa bersedia untuk menangani perkara itu," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu, telah menetapkan PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dijalankan serentak pada 12 Ogos manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#PRN
#syarikat telekomunikasi
#rangkaian dan liputan perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan