awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Pelajar UiTM positif COVID-19 selepas hadiri program kepimpinan sebelum penamaan calon

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/11/2021
08:46 MYT
PRN Melaka: Pelajar UiTM positif COVID-19 selepas hadiri program kepimpinan sebelum penamaan calon
Dr Rusdi berkata, pihaknya menerima notifikasi awal daripada Klinik UiTM, Lendu pada petang Rabu memaklumkan seorang pelajar didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian RTK-Antigen. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR GAJAH: Beberapa kolej kediaman pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Lendu, di sini terpaksa ditutup selepas seorang pelajar disahkan positif COVID-19.
Difahamkan pelajar berkenaan mendapat jangkitan itu selepas pulang daripada program kepimpinan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di sebuah resort di Alor Gajah, sebelum ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, pihaknya menerima notifikasi awal daripada Klinik UiTM, Lendu pada petang Rabu memaklumkan seorang pelajar didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian RTK-Antigen.
Katanya, terdapat lapan lagi pelajar lain turut mengalami gejala upper respiratory tract symptoms (URTI).
“Siasatan lanjut mendapati pelajar-pelajar ini telah menghadiri program kepimpinan anjuran sebuah NGO pada 3 hingga 7 November 2021 lalu di sebuah resort di Alor Gajah.
“Sekurang-kurangnya 45 orang pelajar telah menghadiri program tersebut melibatkan pelbagai cawangan UiTM di Melaka dan kesemua sembilan orang pelajar terlibat telah menjalani ujian PCR COVID19 dan keputusan dijangka akan diperolehi dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, pelajar lain yang dikesan sebagai kontak rapat sedang dikenal pasti untuk menjalani pengasingan sebagai langkah awal mengekang penularan jangkitan.
“Beberapa kolej kediaman pelajar di UiTM Lendu, Alor Gajah telah diberikan notis penutupan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988 bermula 11 November 2021 sehingga 20 November 2021.
“Jabatan memandang serius perkara yang berlaku ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan dengan terperinci dan orang ramai yang menjadi kontak rapat kepada mereka disarankan untuk kuarantin kendiri,” tambahnya.
Beliau memohon orang ramai agar merujuk kepada kenyataaan rasmi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk mendapatkan maklumat sahih.
Katanya, pertanyaan mengenai perkara itu boleh dibuat dengan menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2345999 atau melalui e-mel [email protected].
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#UiTM Lendu
#kursus kepimpinan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan