awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Peluang cerah buat PN kekal di Kedah, Kelantan, Terengganu - Tun M

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
12/08/2023
03:00 MYT
PRN: Peluang cerah buat PN kekal di Kedah, Kelantan, Terengganu - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keyakinan beliau gabungan Perikatan Nasional berpeluang cerah untuk mempertahankan kerajaan negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. - Gambar fail
ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keyakinan beliau gabungan Perikatan Nasional (PN) berpeluang cerah untuk mempertahankan kerajaan negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan berkenaan juga berpeluang untuk merampas dua negeri yang kini ditadbir Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor dan Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, PN, tegas Dr Mahathir, dilihat sukar untuk merampas Pulau Pinang memandangkan kedudukan atau komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
"Di Kelantan (dan) Terengganu memang dapat kepada PN sebagai Pas… Selangor dan Negeri Sembilan masih ada peluang, tetapi di Pulau Pinang, sukar pasal tidak banyak kawasan yang Perikatan boleh menang," jelas Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, di sini, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, kemenangan PN dalam PRN kali ini menunjukkan manifestasi rakyat di enam negeri itu yang menolak gabungan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan sekiranya PN menang di kesemua enam negeri yang terlibat.
Untuk rekod, negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu sebelum ini ditabdir oleh gabungan PN, manakala tiga lagi negeri ditadbir PH iaitu di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#PRN
#PN kekal di Kedah
#Perikatan Nasional
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan