PUTRAJAYA: Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu yang menyediakan panduan untuk mereka menjalankan kewajipan sebagai pengundi pada pilihan raya enam negeri Sabtu ini di samping mengurangkan risiko penularan jangkitan.
Ia adalah panduan pengurusan pengundi positif COVID-19 yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membantu individu positif COVID-19 yang dalam tempoh isolasi keluar mengundi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata mesej yang diterima pengundi itu akan memaklumkan mengenai keperluan mereka menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau petugas kesihatan berdekatan pusat mengundi sebelum ke pusat mengundi.
"Tujuan pemakluman adalah untuk memastikan petugas kesihatan di daerah terlibat bersiap sedia dalam pengurusan pesakit COVID-19 di pusat mengundi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hari pengundian bagi pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu ditetapkan pada Sabtu ini, 12 Ogos.
Dr Muhammad Radzi berkata pengundi positif COVID-19 juga hendaklah hadir di pusat mengundi dua jam sebelum tamat tempoh mengundi di pusat mengundi bertujuan untuk meminimumkan risiko percampuran dengan pengundi lain.
Pengundi COVID-19 positif juga diingatkan supaya tidak menggunakan kenderaan awam dan dikehendaki memakai pelitup muka sepanjang masa di pusat mengundi melainkan semasa pengenalan diri yang memerlukan pelitup muka dibuka ketika di tempat mengundi.
"Pengundi COVID-19 positif juga dinasihatkan agar menjaga penjarakan fizikal yang selamat sepanjang masa terutamanya apabila berhadapan dengan petugas ketika pelitup muka dibuka," katanya.
Setelah selesai mengundi, Dr Muhammad Radzi berkata pengundi COVID-19 positif hendaklah segera meninggalkan kawasan mengundi dan meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO).
"Bagi mereka yang sedang menerima rawatan di hospital dibenarkan discaj dari hospital atas risiko sendiri bagi mengundi dengan syarat mematuhi prosedur yang ditetapkan.
"Namun, pihak hospital tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan dan pesakit hendaklah menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pusat mengundi," katanya.
Pesakit COVID-19 positif perlu meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh HSO di tempat kediaman atau tempat pengasingan yang ditetapkan sebaik sahaja selesai mengundi.
Beliau menasihatkan pengundi lain agar sentiasa mengamalkan penjarakan dan mencuci tangan dengan pensanitasi.
"(Pengundi) digalakkan memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak serta segera mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi, dan kematian terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi," katanya.
Dr Muhammad Radzi berkata KKM sentiasa memantau situasi COVID-19 di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023

Hari pengundian bagi pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu ditetapkan pada Sabtu ini, 12 Ogos. - Gambar fail
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.

Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.

GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).

Pelantikan 10 barisan Exco Negeri Sembilan hasil kesepakatan PH-BN - Aminuddin
Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan hari ini merupakan hasil kesepakatan dan perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Enam muka baharu antara 10 Exco Negeri Sembilan
Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu bermula jam 10.15 pagi.