PRN: PM Anwar mengundi di SK Seri Penanti

Dewi Nur Harasha Alias
Ogos 12, 2023 02:25 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Penanti, hari ini untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
PENANTI: Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini, hari ini.
Perdana Menteri tiba kira-kira jam 9.32 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebelum memeriksa saluran pengundiannya di pondok Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kemudiannya beratur dan membuang undi jam 9.40 minit.
Anwar dan Dr Wan Azizah turut meluangkan masa bersalaman dan bertanya khabar dengan pengundi-pengundi di pusat mengundi berkenaan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir menyaksikan pertembungan satu lawan satu Muhammad Faiz Fadzil mewakili Pakatan Harapan menentang Amir Hamzah dari Perikatan Nasional.
Pada PRN 14, Muhammad Faiz memperolehi 9,708 undian menewaskan Muhammad Fauzi Yusoff, dari Pas yang mendapat 6,727 undi, manakala Anuar Faisal Yahya dari Barisan Nasional mendapat 4,979 undi.
#PRN #PM Anwar Ibrahim #mengundi #Sekolah Kebangsaan Seri Penanti