awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'

Bernama
Bernama
10/07/2023
20:30 MYT
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Muhamad Zaki berkata antara kawasan itu ialah di jajahan Kota Bharu, Machang dan Gua Musang. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata antara kawasan itu ialah di jajahan Kota Bharu, Machang dan Gua Musang.
"Kawasan-kawasan itu diberi tumpuan berdasarkan kepada saingan sengit calon, penyokong, sejarah kemenangan parti bertanding dan beberapa aspek lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara Tanpa Istiadat dan Penyerahan Sumbangan Katil kepada seorang pesara polis yang mengalami penyakit kronik di Kampung Tanjong Mas, di sini pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata pihaknya belum menerima permohonan permit daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan ceramah umum atau pelancaran jentera parti.
"Sekarang ini terdapat program berbentuk politik (pelancaran jentera parti) tetapi bukan ceramah umum.
"Mereka memberi penerangan kepada ahli dan jentera parti, jika tidak timbul apa-apa masalah ia tidak menjadi isu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#PRN
#DUN
#kawasan panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan