PRN Sabah: 48 peratus keluar mengundi setakat 1 petang - SPR

Bernama
September 26, 2020 06:48 MYT
Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16. - Foto BERNAMA
Sejak pusat pengundian dibuka enam jam lepas, sebanyak 48 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 41 peratus pada 12 tengah hari.
SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.
Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.
Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.
BACA: Untuk liputan komprehensif PRN Sabah klik di sini!
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hari Penentuan di Sabah
-- BERNAMA
#pilihan raya #PRN Sabah #pusat mengundi ditutup #rakyat #Sabah Memilih #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya