MALAYSIA
PRN Sabah: 9,500 anggota, pegawai polis ditugas jaga keselamatan, kelancaran
Mohd Khalid berkata, penugasan itu akan melibatkan anggota dari PDRM Kontinjen Sabah dengan sokongan tambahan daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Gambar/ Ikqwan Lee/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan kira-kira 9,500 pegawai dan anggota bagi bertugas sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, sebagai langkah memastikan keselamatan dan kelancaran proses demokrasi di negeri itu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penugasan itu akan melibatkan anggota dari PDRM Kontinjen Sabah dengan sokongan tambahan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memenuhi keperluan logistik serta kawasan penugasan yang luas di negeri berkenaan.
“Seperti yang semua maklum, terdapat 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi dengan lebih 3,500 saluran mengundi. Tanggungjawab utama anggota polis adalah memastikan keselamatan pengundi serta tempat mengundi berada dalam keadaan terkawal sepanjang tempoh pilihan raya.
"Setakat ini, Kontinjen Sabah memohon antara 1,000 dan 1,500 tambahan pegawai dan anggota bagi membantu penugasan dan (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman bersedia memberikan bantuan sewajarnya," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisian (PLAK) Inspektor Percubaan Bilangan 13 Siri 1/2025 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.
Mohd Khalid memberitahu, PDRM turut mengambil kira cabaran geografi Sabah yang luas, yang memerlukan kemudahan logistik seperti helikopter dan kenderaan khas bagi memastikan penugasan anggota dapat dilaksanakan dengan lancar.
DUN Sabah secara rasminya dibubarkan pada 6 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRN-17 diadakan dalam tempoh 60 hari sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.
Rabu lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima writ pengisytiharan pembubaran DUN Sabah daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya.
Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata penerimaan writ itu menandakan bermulanya proses rasmi bagi pelaksanaan PRN-17.
Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Khamis depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting serta urusan berkaitan perjalanan PRN Sabah, termasuk tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi.
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia akan menempatkan kira-kira 9,500 pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan dan kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, termasuk bantuan tambahan dari Bukit Aman untuk memenuhi keperluan logistik dan kawasan penugasan yang luas.
- Penugasan melibatkan 73 kerusi DUN dan lebih 3,500 saluran mengundi, dengan keperluan logistik seperti helikopter dan kenderaan khas turut diambil kira bagi menghadapi cabaran geografi Sabah.
- DUN Sabah dibubarkan secara rasmi pada 6 Oktober dan SPR telah menerima writ pembubaran, menandakan permulaan proses PRN-17; Mesyuarat Khas SPR akan diadakan bagi menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi.