MALAYSIA
PRN Sabah: AirAsia tawar tambang tetap RM299 sehala untuk rakyat pulang mengundi
Tawaran itu melibatkan laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau atau Labuan; dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu dan Tawau serta dari Kota Bharu dan Pulau Pinang ke Kota Kinabalu termasuk semua caj. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan promosi tambang tetap RM299 sehala termasuk semua caj bagi penerbangan dari Semenanjung ke Sabah bermula 26 hingga 28 Nov ini sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tawaran khas berkenaan melibatkan lebih 4,300 tempat duduk merangkumi lapan laluan dan 24 penerbangan destinasi domestik utama ke Sabah dan tempahan dibuat mulai hari ini hingga 26 Okt melalui laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.
Tawaran melibatkan laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau atau Labuan; dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu dan Tawau serta dari Kota Bharu dan Pulau Pinang ke Kota Kinabalu termasuk semua caj.
"Inisiatif itu membuktikan komitmen berterusan AirAsia untuk menghubungkan komuniti dan menyokong rakyat Malaysia pada hari bermakna khususnya di Sabah yang juga satu daripada pasaran domestik terpenting bagi AirAsia," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, sebagai syarikat penerbangan pilihan semua, AirAsia sentiasa bersama komuniti.
"Pilihan raya adalah hari yang menyatukan masyarakat untuk membentuk masa depan dan ini cara kami membantu mereka pulang mengundi dengan tambang mampu milik," katanya.
Beliau berkata, Sabah kekal antara pasaran domestik utama bagi AirAsia yang sentiasa memperkukuh kesalinghubungan antara negeri itu dengan destinasi lain di Malaysia dan luar negara menerusi tambang mampu milik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah.
-- BERNAMA