MALAYSIA
PRN Sabah: Isu 40 peratus hak Sabah berkait dengan maruah dan autonomi negeri - Penganalisis
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Sabah ke-17 pada Sabtu (15 November). Manakala hari pengundian pada 29 November manakala undi awal pada 25 November.
KUALA LUMPUR: Isu 40 peratus hak Sabah akan menjadi bahan kempen politik parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
Felo Penyelidik, ILHAM Centre, Mujibu Abd Muis berkata isu tersebut menjadi pilihan kerana nilai emosi tinggi dan simbol maruah negeri bagi pengundi.
“Bagi saya 40 peratus hak Sabah itu bukan sahaja soal hasil tetapi juga soal kepercayaan dan sejauh mana Sabah boleh menentukan nasibnya sendiri. Saya lihat bagi pengundi yang saya temui dua bulan lalu semasa tinjauan bersama ILHAM Centre, menganggap isu 40 peratus hak Sabah bukan sekadar tuntutan fiskal, bahkan ia simbol maruah dan autonomi negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Dialog Tiga Penjuru: Menjelang PRN | Bah, apa cerita urang Sabah
Dalam temu bual sama, Pensyarah Kanan, Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Rahezzal Shah Abdul Karim pula berpandangan, isu 40 peratus hak Sabah kini menjadi keprihatinan seluruh rakyat Sabah. Oleh itu, pengundi sangat berminat untuk mengetahui pendirian calon-calon dan parti-parti bertanding mengenai cara isu ini akan diselesaikan.
"Lazimnya, apabila kita sebut tentang isu 40 peratus hak Sabah sebelum ini, ia hanya dikaitkan dengan tuntutan oleh komuniti Kadazan Dusun Murut (KDM).
“Tetapi saya boleh nyatakan, di lapangan, isu 40 peratus hak Sabah ini telah melangkaui etnik KDM; melibatkan pengundi Cina dan Bumiputera Islam. Bagi mereka isu ini sangat memberi kesan kepada mereka,” ujarnya.
Setakat Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan rundingan berhubung isu 40 peratus hasil Sabah akan dimulakan segera di peringkat teknikal dan boleh diteruskan walaupun dalam tempoh PRN berlangsung.
Berkaitan perjalanan PRN Sabah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu (15 November). Manakala hari pengundian pada 29 November manakala undi awal pada 25 November.
Ringkasan AI
- Isu 40 peratus hak Sabah menjadi tumpuan kempen politik dalam PRN Sabah ke-17 kerana ia menjadi simbol maruah dan autonomi negeri yang memberi kesan emosi tinggi kepada pengundi, bukan sekadar soal hasil fiskal, menurut Felo Penyelidik ILHAM Centre, Mujibu Abd Muis.
- Pensyarah Kanan UiTM Sabah, Rahezzal Shah Abdul Karim, menyatakan bahawa isu 40 peratus hak Sabah bukan lagi hanya tuntutan KDM tetapi turut melibatkan pengundi Cina dan Bumiputera Islam, menyebabkan minat pengundi untuk mengetahui pendirian calon dan parti dalam menyelesaikan isu ini.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan rundingan teknikal berhubung isu 40 peratus hasil Sabah akan dilakukan walaupun dalam tempoh PRN Sabah berlangsung, sementara SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November dengan hari pengundian pada 29 November.