[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
MALAYSIA

PRN Sabah: Keputusan muktamad hanya oleh SPR

Irfan Faruqi 24/11/2025 | 15:16 MYT
Perang bendera parti di sekitar pekan Kunak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. - foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan bahawa hanya keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tepat dan muktamad.


Ringkasan AI
  • Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hanya dianggap tepat dan muktamad apabila dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  • SPR telah menetapkan 29 November sebagai hari pengundian dengan jumlah pemilih yang layak mengundi sebanyak 1,784,843 orang.
  • Setiausaha SPR menegaskan bahawa keputusan kiraan undi yang dikeluarkan oleh parti-parti politik mungkin mengandungi kesilapan berbanding dengan keputusan rasmi SPR yang sah, kerana tatacara kiraan yang digunakan berbeza.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, walaupun ada pihak yang mengeluarkan keputusan tidak rasmi semasa hari pengundian pada 29 November akan datang, ia tidak boleh dianggap sebagai gambaran sebenar mengenai jumlah undi yang diterima oleh mana-mana calon yang bertanding.

“Keputusan yang dikeluarkan oleh SPR ialah sahih berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa untuk pastikan keputusan tersebut muktamad dan berkemungkinan tidak berubah.

“Manakala, keputusan kiraan undi yang dikeluarkan oleh parti-parti politik yang mungkin ada kesalahan atau kesilapan kerana tatacara kiraan yang lebih longgar berbanding tatacara kiraan yang digunakan oleh SPR,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

PRN Sabah: Keputusan muktamad hanya oleh SPR


SPR menetapkan 29 November sebagai hari pengundian dengan jumlah pemilih yang layak mengundi dalam PRN kali ini seramai 1,784,843 orang.

Manakala pengundian awal akan berlangsung pada 25 November yang akan melibatkan 11,697 pemilih dalam kalangan tentera dan pasangan, serta 12,729 pemilih dalam kalangan anggota polis dan pasangan.

Seramai 596 calon menawarkan diri untuk mengisi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam pemilihan kali ini.


Agenda AWANI: Menjelang hari mengundi PRN Sabah ke-17



#Agenda Awani #pilihan raya negeri #PRN #Sabah #Suruhanjaya Pilihan Raya