MALAYSIA
PRN Sabah: Parti, penyokong dinasihat pelihara ketenteraman awam semasa penamaan calon - SPR
Ramlan ketika ditemui pemberita selepas meninjau raptai penamaan calon di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu, hari ini. --fotoBERNAMA
PUTATAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (RN) ke-17 Sabah serta penyokong bersama-sama memastikan ketenteraman awam terpelihara semasa proses penamaan calon esok.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata semua pihak perlu mengelakkan sebarang bentuk provokasi dan memberikan kerjasama penuh kepada petugas pilihan raya serta pihak keselamatan supaya proses penamaan calon berjalan aman serta tenang.
"Persiapan rapi telah dibuat menjelang penamaan calon esok yang akan diadakan di semua 25 pusat penamaan calon termasuk daripada aspek logistik, capaian Internet dan latihan kepada pegawai pengurus (RO).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau raptai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Sri Putatan di sini hari ini.
Dewan Sri Putatan menjadi pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Tanjung Aru serta Petagas.
Dalam perkembangan berkaitan, Ramlan berkata lebih 3,300 borang penamaan calon telah dijual dengan 325 individu membayar deposit untuk merebut 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.
SPR menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 manakala 25 Nov bagi pengundian awal.
Mengikut statistik SPR, 1,784,843 pengundi yang terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini