MALAYSIA
PRN Sabah: ‘Sekarang baru mahu jadi hero, mana kamu ketika berkuasa?’ - PM Anwar
Anwar meluangkan kira-kira sejam beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di Pasar Pagi Gaya Street, Kota Kinabalu hari ini. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap segelintir bekas pemimpin yang tampil sebagai ‘wira rakyat’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ringkasan AI
Beliau berkata, ketika berkuasa dahulu, golongan pemimpin itu gagal melaksanakan tanggungjawab, tetapi kini lantang bersuara dengan menuding jari mencari kesalahan pihak lain.
“Kita kena nilai dengan cerdik dan pintar, kalau tidak kita jadi mangsa. Tambahan ini musim PRN Sabah, bertempur…semua jadi hero-hero belaka.
“Kalau betul hero, di mana kamu tahun lalu? Di mana kamu dua tahun lalu? Di mana kamu semasa kamu jadi menteri dan penguasa? Mengapa hal-hal yang kamu sebut itu tidak dilaksanakan ketika itu?” katanya ketika berucap dalam Program Rancakkan Madani Sabah di sini pada Ahad.
Perdana Menteri menegaskan, perjuangan sebenar bukan menimbulkan sentimen kaum atau agama, sebaliknya menjaga nilai dan akhlak dalam kepimpinan.
Katanya, kekayaan negara tidak boleh berlegar dalam kalangan segelintir elit hingga mengabaikan rakyat biasa.
“Sekarang ada yang tiba-tiba laung ‘hak rakyat, hak negeri’. Masa ada kuasa, ke mana hak itu? Kuasa bukan untuk ‘hak aku, hak isteri aku, hak anak aku’. Kuasa mesti digunakan untuk bela rakyat,” ujarnya.
Beliau turut menyatakan, Kerajaan Persekutuan terus memberi perhatian kepada pembangunan Sabah tanpa mengira perbezaan politik.
Jelasnya, peruntukan pembangunan untuk Sabah berjumlah RM6.9 bilion dalam Belanjawan 2026 adalah yang tertinggi dalam sejarah negara, termasuk pemberian khas interim RM600 juta seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Rentetan itu, Anwar menyeru pengundi menilai rekod dan keikhlasan pemimpin, bukan janji ketika pilihan raya semata-mata.
Beliau mengingatkan, kestabilan politik dan perpaduan adalah syarat penting untuk memajukan ekonomi negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim kritik bekas pemimpin yang tampil sebagai 'wira rakyat' menjelang PRN Sabah, menegaskan perlunya menilai rekod dan keikhlasan pemimpin sebelum berjanji semata-mata ketika pilihan raya.
- Perdana Menteri menekankan bahawa perjuangan sebenar bukanlah menimbulkan sentimen kaum atau agama, tetapi menjaga nilai dan akhlak dalam kepemimpinan serta memastikan kekayaan negara tidak hanya berlegar dalam kalangan elit.
- Kerajaan Persekutuan memberi perhatian kepada pembangunan Sabah dengan peruntukan tertinggi sejarah negara sebanyak RM6.9 bilion dalam Belanjawan 2026, termasuk pemberian khas interim RM600 juta seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, sambil menyeru pengundi menilai rekod pemimpin dengan teliti.